Pengetahuan kandungan dan kemahiran pedagogi guru dalam kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT): analisis kajian rintis

Kemahiran berfikir dijadikan satu landasan sebelum membuat sebarang tindakan dan ianya melibatkan proses intelektual yang merangkumi pembentukan konsep, mengaplikasi, menganalisis dan menilai maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber. Kemahiran berfikir menjadi asas dalam proses pengajaran da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Nor @ Ahmad Nor, Mohamad Nurul Azmi, Kamarudin, Nurzatulshima, Abdul Manaf, Umi Kalthom, Mohd Puad, Mohd Hazwan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58802/1/35-48.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58802/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemahiran berfikir dijadikan satu landasan sebelum membuat sebarang tindakan dan ianya melibatkan proses intelektual yang merangkumi pembentukan konsep, mengaplikasi, menganalisis dan menilai maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber. Kemahiran berfikir menjadi asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid semasa menimba ilmu. Justeru itu, kemahiran berfikir menjadi agenda utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melakukan transformasi kurikulum pendidikan di samping memperkenalkan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kandungan kurikulumnya menjadikan murid mampu menghasilkan produk yang kreatif dan berasaskan teknologi sekali gus mata pelajaran ini memerlukan tahap kemahiran berfikir beraras tinggi. Pembentukan budaya kemahiran berfikir beraras tinggi dalam kalangan murid ini disandarkan kepada pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi guru semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian dijalankan ke atas 36 orang guru mata pelajaran RBT di daerah Kinta Utara, Perak. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan isi kandungan guru RBT berada pada tahap lemah (M = 2.558, SP = 0.379). Begitu juga dengan kemahiran pedagogi guru RBT juga berada pada tahap kurang mahir (M = 2.625, SP =0.450) manakala penguasaan elemen kemahiran berfikir beraras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran RBT juga berada pada tahap lemah (M = 2.754, SP = 0.444). Implikasi kajian ini memberi maklumat kepada para guru untuk memantapkan pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi dalam kurikulum RBT bagi menerapkan kemahiran berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Malahan dapatan juga boleh dijadikan landasan bagi membangunkan kaedah pembelajaran yang terbaik bagi mengamalkan budaya kemahiran berfikir dalam bilik darjah dalam kalangan murid.