Kepuasan pelajar dan cabaran dalam pelaksanaan MS ISO 9001:2015 Universiti Awam di Malaysia

Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan dan cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh pelaksanaan ISO 9001:2015 Universiti Awam di Malaysia. Kajian terhadap kepuasan pelajar perlu dijalankan memandangkan pelajar adalah produk yang bakal dihasilkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Yusof, Norlaili, Asimiran, Soaib, Basri, Ramli
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58794/1/35-34.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58794/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan dan cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh pelaksanaan ISO 9001:2015 Universiti Awam di Malaysia. Kajian terhadap kepuasan pelajar perlu dijalankan memandangkan pelajar adalah produk yang bakal dihasilkan oleh semua universiti. Hal ini memerlukan kepada suatu sistem pengurusan kualiti yang mapan bagi membolehkan kebajikan para pelajar dapat dibela. Justeru pada tahun 2015, satu penambahbaikan kepada pelaksanaan sistem pengurusan kualiti ISO telah diperkenalkan iaitu pelaksanaan SPK MS ISO 9001:2015 yang bertujuan untuk membantu Universiti Awam menguruskan institusi dengan lebih baik bagi memenuhi keperluan pelanggan, menghasilkan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan menggalakkan penambahbaikan (Fonseca, 2015). Bagi menjayakan pelaksanaan SPK ISO, penglibatan semua pihak adalah sangat diperlukan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2015 telah memperlihatkan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi sepanjang pelaksanaannya. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kepuasan pelajar dan cabaran yang dihadapi sepanjang pelaksanaan MS ISO 9001:2015 Universiti Awam di Malaysia.