Hubungan pengurusan maklumat dengan kepuasan komunikasi dalam kalangan kakitangan kumpulan sokongan sektor awam

Sektor awam penting dalam merancang, membentuk dan melaksanakan pelbagai program pembangunan demi memperkukuhkan sistem pentadbiran dan pengurusan negara. Justeru, kerajaan sentiasa melakukan pemantauan yang serius dengan pelbagai kaedah pengurusan maklumat terhadap bidang tugas kakitangan awam, cor...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Sulaiman, Wan Idros
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57884/1/FBMK%202015%2058RR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57884/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sektor awam penting dalam merancang, membentuk dan melaksanakan pelbagai program pembangunan demi memperkukuhkan sistem pentadbiran dan pengurusan negara. Justeru, kerajaan sentiasa melakukan pemantauan yang serius dengan pelbagai kaedah pengurusan maklumat terhadap bidang tugas kakitangan awam, corak hubungan majikan dengan pekerja dan tugas serta tanggung jawab yang diberikan supaya perancangan dan pelaksanaan kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya membantu kerajaan mencapai matlamat yang diingini. Sehubungan dengan itu,pengurusan komunikasi yang baik di dalam organisasi adalah amat penting agar dapat menjana kepuasan komunikasi terhadap keseluruhan kakitangan dalam organisasi yang dipercayai sebagai pemangkin kepada kepuasan individu terhadap pelbagai aspek komunikasi yang berkaitan dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi. Oleh yang demikian, objektif utama kajian memfokuskan kepada hubungan di antara pengurusan maklumat dengan kepuasan komunikasi. Kajian tertumpu kepada organisasi sektor awam dalam konteks pengurusan maklumat yang berasaskan kepada Teori Maklumat Organisasi Weick (1979). Kaedah kajian yang digunakan ialah Kaedah Survei yang melibatkan 420 kakitangan awam kumpulan sokongan di lima buah kementerian di Putrajaya sebagai responden kajian. Persampelan rawak mudah diaplikasikan dan soal selidik dijalankan dengan kaedah bersemuka dan mengandungi 4 bahagian iaitu Bahagian A merangkumi soalan berdasarkan profil responden, Bahagian B memfokuskan kepada aspek-aspek utama Pengurusan Maklumat iaitu persekitaran maklumat, ketidakjelasan maklumat dan kitaran komunikasi. Manakala, Bahagian C menumpukan kepada kepuasan komunikasi. Pengukuran pembolehubah berdasarkan Skala Likert dan dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Sciences) Versi 17 dan AMOS (Analysis Moment of Structure) Versi 21. Dapatan kajian mendapati bahawa wujud hubungan yang signifikan di antara ke semua aspek pengurusan maklumat dengan kepuasan komunikasi dalam kalangan kakitangan sokongan. Dalam konteks ini, dapatan kajian mendapati bahawa aspek kitaran komunikasi dilihat lebih banyak menyumbang kepada kepuasan komunikasi diikuti dengan aspek ketidakjelasan maklumat dan aspek persekitaran maklumat. Sementara itu, bagi faktor penyederhana seperti umur dan pengalaman bekerja, dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud kesan hubungan yang signifikan di antara pengurusan maklumat dengan kepuasan komunikasi. Diharapkan dengan maklumat yang diperolehi daripada hasil kajian ini, amalan yang signifikan pengurusan maklumat yang lebih cekap dapat dilaksanakan secara berterusan untuk mempertingkatkan kepuasan komunikasi dalam sektor awam. Selain daripada itu, kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai garis panduan untuk kajian akan datang.