Hubungan Kepuasan Kerja Dengan Lokus Kawalan Guru Kaunseling Di Sekolah Menengah Di Negeri Selangor

Kajian tinjauan ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kepuasan kerja dan orientasi lokus kawalan guru kaunseling. Kajian bertujuan membandingkan kepuasan kerja mengikut orientasi lokus kawalan dan mengenalpasti hubungan antara kepuasan kerja dengan lokus kawalan. Sampel kajian terdiri daripada 21...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bakar, Rohaida
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2008
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5749/1/A__FPP_2008_40.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5749/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.5749
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.57492013-05-27T07:24:53Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5749/ Hubungan Kepuasan Kerja Dengan Lokus Kawalan Guru Kaunseling Di Sekolah Menengah Di Negeri Selangor Bakar, Rohaida Kajian tinjauan ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kepuasan kerja dan orientasi lokus kawalan guru kaunseling. Kajian bertujuan membandingkan kepuasan kerja mengikut orientasi lokus kawalan dan mengenalpasti hubungan antara kepuasan kerja dengan lokus kawalan. Sampel kajian terdiri daripada 211 orang guru kaunseling yang berkhidmat di empat buah daerah di Selangor iaitu daerah Klang, Gombak, Hulu Langat dan Petaling. Instrumen kajian berkaitan kepuasan kerja adalah terjemahan soal selidik ‘Job Descriptive Index’ (JDI) oleh Smith, Kendall dan Hulin (1969) yang dibina berdasarkan Teori Herzberg Dua Faktor. Bagi mengukur lokus kawalan pula, instrumen yang digunakan adalah terjemahan daripada ‘Internal-External Locus of Control Scale’ yang dibina oleh Rotter (1966). Data yang dikumpulkan dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil tinjauan mendapati guru kaunseling mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi dan cenderung berlokus kawalan dalaman. Keputusan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kepuasan kerja bagi faktor pendorong (t(209)=-.163 p>.05) dengan faktor persekitaran (t(209)=1.29 p>.05) mengikut lokus kawalan dalaman dan luaran guru kaunseling. Keputusan ujian korelasi mendapati r(211)=.285 p<.01 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja dengan orientasi lokus kawalan guru kaunseling. Manakala keputusan ujian anova terhadap kepuasan kerja mengikut pengalaman bertugas mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kepuasan kerja mengikut pengalaman bertugas guru kaunseling (F(4,206)=.530 p>.05). Seterusnya, keputusan ujian anova menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap orientasi lokus kawalan mengikut pengalaman bertugas guru kaunseling (F(4,206) = 2.108 p>.05) Kepuasan kerja guru kaunseling berada pada tahap yang tinggi membuktikan usaha memartabatkan bidang bimbingan dan kaunseling melalui seminar, bengkel, percambahan ilmu dan pertukaran idea di kalangan guru kaunseling yang dijalankan selama ini telah membuahkan hasil. Kecenderungan guru kaunseling berlokus kawalan dalaman pula membuktikan guru kaunseling mempunyai sikap yang positif dan bertanggungjawab. Bagi memastikan lokus kawalan guru kaunseling cenderung ke arah lokus kawalan dalaman, dicadangkan ujian saringan dijalankan semasa pemilihan guru kaunseling pada masa hadapan. 2008 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5749/1/A__FPP_2008_40.pdf Bakar, Rohaida (2008) Hubungan Kepuasan Kerja Dengan Lokus Kawalan Guru Kaunseling Di Sekolah Menengah Di Negeri Selangor. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Malay
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
Malay
description Kajian tinjauan ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kepuasan kerja dan orientasi lokus kawalan guru kaunseling. Kajian bertujuan membandingkan kepuasan kerja mengikut orientasi lokus kawalan dan mengenalpasti hubungan antara kepuasan kerja dengan lokus kawalan. Sampel kajian terdiri daripada 211 orang guru kaunseling yang berkhidmat di empat buah daerah di Selangor iaitu daerah Klang, Gombak, Hulu Langat dan Petaling. Instrumen kajian berkaitan kepuasan kerja adalah terjemahan soal selidik ‘Job Descriptive Index’ (JDI) oleh Smith, Kendall dan Hulin (1969) yang dibina berdasarkan Teori Herzberg Dua Faktor. Bagi mengukur lokus kawalan pula, instrumen yang digunakan adalah terjemahan daripada ‘Internal-External Locus of Control Scale’ yang dibina oleh Rotter (1966). Data yang dikumpulkan dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil tinjauan mendapati guru kaunseling mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi dan cenderung berlokus kawalan dalaman. Keputusan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kepuasan kerja bagi faktor pendorong (t(209)=-.163 p>.05) dengan faktor persekitaran (t(209)=1.29 p>.05) mengikut lokus kawalan dalaman dan luaran guru kaunseling. Keputusan ujian korelasi mendapati r(211)=.285 p<.01 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja dengan orientasi lokus kawalan guru kaunseling. Manakala keputusan ujian anova terhadap kepuasan kerja mengikut pengalaman bertugas mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kepuasan kerja mengikut pengalaman bertugas guru kaunseling (F(4,206)=.530 p>.05). Seterusnya, keputusan ujian anova menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap orientasi lokus kawalan mengikut pengalaman bertugas guru kaunseling (F(4,206) = 2.108 p>.05) Kepuasan kerja guru kaunseling berada pada tahap yang tinggi membuktikan usaha memartabatkan bidang bimbingan dan kaunseling melalui seminar, bengkel, percambahan ilmu dan pertukaran idea di kalangan guru kaunseling yang dijalankan selama ini telah membuahkan hasil. Kecenderungan guru kaunseling berlokus kawalan dalaman pula membuktikan guru kaunseling mempunyai sikap yang positif dan bertanggungjawab. Bagi memastikan lokus kawalan guru kaunseling cenderung ke arah lokus kawalan dalaman, dicadangkan ujian saringan dijalankan semasa pemilihan guru kaunseling pada masa hadapan.
format Thesis
author Bakar, Rohaida
spellingShingle Bakar, Rohaida
Hubungan Kepuasan Kerja Dengan Lokus Kawalan Guru Kaunseling Di Sekolah Menengah Di Negeri Selangor
author_facet Bakar, Rohaida
author_sort Bakar, Rohaida
title Hubungan Kepuasan Kerja Dengan Lokus Kawalan Guru Kaunseling Di Sekolah Menengah Di Negeri Selangor
title_short Hubungan Kepuasan Kerja Dengan Lokus Kawalan Guru Kaunseling Di Sekolah Menengah Di Negeri Selangor
title_full Hubungan Kepuasan Kerja Dengan Lokus Kawalan Guru Kaunseling Di Sekolah Menengah Di Negeri Selangor
title_fullStr Hubungan Kepuasan Kerja Dengan Lokus Kawalan Guru Kaunseling Di Sekolah Menengah Di Negeri Selangor
title_full_unstemmed Hubungan Kepuasan Kerja Dengan Lokus Kawalan Guru Kaunseling Di Sekolah Menengah Di Negeri Selangor
title_sort hubungan kepuasan kerja dengan lokus kawalan guru kaunseling di sekolah menengah di negeri selangor
publishDate 2008
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5749/1/A__FPP_2008_40.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5749/
_version_ 1643823282142576640
score 13.160551