Analisis koda berdasarkan kekangan dalam dialek Kelantan
Keunikan dialek melayu Kelantan (DK) pula telah menarik minat banyak ahli fonologi Optimaliti untuk menjadikannya sebagai bahan analisis. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan aspek fonotaktik dialek Kelantan yang melibatkan posisi koda suku kata. Analisis sebelum ini telah berjaya memaparkan dan m...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2012
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57111/1/Analisis%20koda%20berdasarkan%20kekangan%20dalam%20dialek%20Kelantan.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57111/ http://ejournal.ukm.my/gema/article/view/1573 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Keunikan dialek melayu Kelantan (DK) pula telah menarik minat banyak ahli fonologi Optimaliti untuk menjadikannya sebagai bahan analisis. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan aspek fonotaktik dialek Kelantan yang melibatkan posisi koda suku kata. Analisis sebelum ini telah berjaya memaparkan dan memerikan beberapa data yang signifikan untuk kajian ini. Oleh itu, data yang sama digunakan dalam kajian ini. Namun begitu, masih terdapat kekeliruan dan percanggahan pandangan tentang segmen bunyi yang boleh hadir di koda suku katanya dan set hierarki kekangan yang dapat menjelaskannya. Kajian ini telah berjaya merungkaikan permasalahan ini dengan menggunakan teori nahu terkini iaitu teori Optimaliti yang diperkenalkan oleh Prince, Smolensky dan McCarthy pada tahun 1993 dan masih menjadi teori utama dalam bidang linguistik sehingga sekarang. Berdasarkan analisis yang dibuat didapati bahawa hanya segmen fitur tanpa daerah sahaja yang dibenarkan untuk menduduki posisi koda suku kata dialek Kelantan, iaitu [ʔ, h, N]. Dalam teori Optimaliti, kekangan fonotaktik seperti ini dinamakan SYARATKODA. Dalam dialek Kelantan kekangan SYARATKODA ini telah mendominasi kekangan yang lain. Susunan set kekangan yang terhasil ialah SYARATKODA >> DEP >> MAKS >> IDENT(Da). |
---|