Tekad keusahawanan tani dalam kalangan pelajar sains pertanian sekolah menengah

Kajian lepas menunjukkan pelajar pertanian di sekolah berminat untuk menceburkan diri dalam bidang usahawan tani, namun realitinya bilangan mereka yang betul-betul menceburi bidang usahawan tani adalah sangat sedikit tidak seperti yang diharapkan. Literatur menunjukkan tekad keusahawanan mempunyai i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim, Mohd Zailani, Hamzah, Ramlah, Nazri, Mohd Ibrahim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2014
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57083/1/Tekad%20keusahawanan%20tani%20dalam%20kalangan%20pelajar%20sains%20pertanian%20sekolah%20menengah.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57083/
http://www.sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/view/480
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian lepas menunjukkan pelajar pertanian di sekolah berminat untuk menceburkan diri dalam bidang usahawan tani, namun realitinya bilangan mereka yang betul-betul menceburi bidang usahawan tani adalah sangat sedikit tidak seperti yang diharapkan. Literatur menunjukkan tekad keusahawanan mempunyai impak yang penting dalam mempengaruhi keputusan seseorang itu untuk menjadi usahawan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap tekad keusahawanan tani dalam kalangan pelajar pertanian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Responden kajian terdiri daripada 50 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains Pertanian di sekolah menengah di negeri Selangor. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini diadaptasi daripada kajian lepas. Data dianalisis menggunakan SPSS. Statistik yang digunakan ialah korelasi dan t-test. Dapatan kajian menunjukkan tekad keusahawanan tani pelajar adalah pada tahap sederhana. Terdapat hubungan yang signifikan antara tekad keusahawanan tani dengan efikasi keusahawanan dan ciri-ciri keusahawanan. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan tekad keusahawan tani antara pelajar lelaki dan perempuan. Kajian mencadangkan supaya diperbanyakkan aktiviti keusahawanan tani di kalangan pelajar untuk meningkatkan tekad keusahawanan tani.