Perbezaan bentuk tulisan Arab dan Jawi bagi kata pinjaman dalam pembelajaran Bahasa Arab

Terdapat perbezaan bentuk tulisan Arab dan Jawi bagi sebahagian kata pinjaman seperti perkataan „ahl’ ( أهل ), „lisÉn’ ( لسان ) dan „adab’ ( أدب ), apabila perkataanperkataan ini ditulis dengan menggunakan sistem tulisan Jawi ejaannya berubah menjadi ( ليسن) ,(اهلي ) dan ( ادب ). Perbezaan ini membe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Saman @ Shuhaimi, Mohd Zulkifli
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56967/1/FBMK%202015%2018RR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56967/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Terdapat perbezaan bentuk tulisan Arab dan Jawi bagi sebahagian kata pinjaman seperti perkataan „ahl’ ( أهل ), „lisÉn’ ( لسان ) dan „adab’ ( أدب ), apabila perkataanperkataan ini ditulis dengan menggunakan sistem tulisan Jawi ejaannya berubah menjadi ( ليسن) ,(اهلي ) dan ( ادب ). Perbezaan ini memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab khususnya bagi pelajar menengah rendah. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti (1) tahap penguasaan pelajar menulis perkataan Arab yang dimelayukan, (2) bentuk-bentuk kesalahan yang kerap dilakukan oleh mereka dan (3) implikasi pengaruh tulisan Jawi terhadap penulisan pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini berbentuk lapangan yang menggunakan ujian sebagai instrument kajian. Responden kajian melibatkan 100 orang pelajar menengah rendah yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua dan tiga. Sampel kajian dipilih secara rawak dari empat buah sekolah menengah dalam Daerah Jasin, Melaka. Pemilihan sekolah merangkumi dua kategori iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang menawarkan subjek bahasa Arab sebagai mata pelajaran pilihan. Hasil kajian membuktikan bahawa para Pelajar masih lagi lemah menulis perkataan Arab terutama pada kalimah yang telah diserap dalam bahasa Melayu. Mereka tidak menguasai dengan baik sistem tulisan Arab serta tidak dapat membezakannya dengan sistem tulisan Jawi. Sebahagian daripada mereka telah menulis perkataanperkataan tersebut sebagaimana ejaannya dalam tulisan Jawi. Hasil dapatan kajian merekodkan 43 orang pelajar (43%) mendapat gred E, manakala hanya 3 orang pelajar (3%) sahaja memperolehi tahap cemerlang iaitu gred A. Bentuk kesalahan terbesar yang dilakukan oleh mereka adalah disebabkan pengaruh tulisan Jawi iaitu melibatkan 1387 kesalahan (82.5%), manakala kesalahan-kesalahan lain hanya membentuk 17.5% atau 294 daripada keseluruhan kesalahan yang dilakukan.