Nilai-nilai murni dalam seuntai himpunan 366 cerita rakyat Malaysia

Kajian ini menumpukan kepada penelitian aspek nilai-nilai murni dalam cerita-cerita rakyat Melayu yang terkandung dalam buku Seuntai Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kajian ini akan memaparkan kembali cerita rakyat Melayu kaya dengan nilai-nilai murni yang dapat membentuk tingkah laku positif da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Yaacob, Mohd Firdaus
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56962/1/FBMK%202015%2017RR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56962/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menumpukan kepada penelitian aspek nilai-nilai murni dalam cerita-cerita rakyat Melayu yang terkandung dalam buku Seuntai Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kajian ini akan memaparkan kembali cerita rakyat Melayu kaya dengan nilai-nilai murni yang dapat membentuk tingkah laku positif dalam kalangan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan kepercayaan khususnya masyarakat Melayu. Oleh demikian, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis nilai-nilai murni dalam cerita-cerita rakyat Melayu yang terkandung dalam buku Seuntai Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia (2013) dan merumuskan nilai-nilai murni dalam cerita-cerita rakyat Melayu yang terkandung dalam buku Seuntai Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia (2013).Seterusnya, pendekatan analisis kandungan kuantitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan untuk menyempurnakan kajian ini. Dalam kajian ini,penerapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipilih sebagai gagasan bagi mengukuhkan lagi analisis kajian tersebut. Penelitian dan penghuraian terhadap empat konsep asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan merangkumi konsep menjana minda, rohani, emosi dan jasmani dilaksanakan sebagai asas deduksi dalam pendekatan kajian. Kajian ini juga berhasil membuktikan beberapa penemuan melalui penelitian terhadap enam belas nilai murni yang menjadi sandaran bagi menonjolkan norma-norma kebudayaan Melayu. Dapatan menunjukkan bahawa cerita rakyat Melayusememangnyasarat dengan nilai-nilai murni di samping kaya dengan nilai kebudayaan Melayu yang selama ini menjadi gambaran dan pegangan masyarakat Melayu seterusnya menjadi wadah membentuk normayang baik terhadap khalayaknya.