Genesis dan interpretasi metafora dalam puisi

menggunakan bahasa yang menjadi bahan kajian ahli bahasa. Bahasa yang digunakan dalam teks kesusasteraan tetap bahasa dan, oleh yang demikian, bidang linguistik hari ini telah diperluas kepada minat baru untuk meneliti makna bahasa melalui unsur kiasan dalam ujaran, yang sekarang ini dikenali sebaga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sujud, Arbai'e, Othman, Arbak
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia 2008
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54970/1/Genesis%20dan%20interpretasi%20metafora%20dalam%20puisi.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54970/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:menggunakan bahasa yang menjadi bahan kajian ahli bahasa. Bahasa yang digunakan dalam teks kesusasteraan tetap bahasa dan, oleh yang demikian, bidang linguistik hari ini telah diperluas kepada minat baru untuk meneliti makna bahasa melalui unsur kiasan dalam ujaran, yang sekarang ini dikenali sebagai subbidang yang dipanggil fraseologi (phraseology). Pendek kata, rujukan kepada metafora dalam teks linguistik umum didapati terhad kepada pandangan yang mengenai kemungkinan impak ke atas perubahan bahasa (Hall 1964). Sesetengah ahli Bahasa (Jakobson dan Halle 1956, Hill 1968) telah membincangkan peranan yang dimainkan oleh metafora dalam kesusasteraan, mahupun dalam sifat-sifat semula jadi tanda Iinguistik pada umumnya. Hanya beberapa usaha, seperti yang dilakukan oleh Lambert (1969), telah menempatkan metafora pada kedudukan yang terserlah dalam teori linguistik. Oleh sebab itu, penekanan sebarang teori Bahasa yang tidak menghuraikan metafora, meskipun terhad, bukanlah sesuatu yang bersalahan dengan teori linguistik. Hal ini dimungkinkan kebenarannya, apabila ilmu semantik digunakan sebagai alat untuk mencapai interpretasi metafora dalam bahasa kesusasteraan. Dalam kajian ini, penulis menggunakan genre puisi sebagai bahan analisis berdasarkan bentuk bahasa dan maknanya dalam teks puitik.