Mengurus dan memahami hubungan etnik di universiti awam Malaysia

Masyarakat Malaysia bersifat multietnik yang dicirikan dengan pelbagai kaum, agama, bahasa, budaya dan tradisi. Kepelbagaian yang wujud di negara ini seandainya tidak diuruskan dengan baik, mudah untuk cetuskan ketegangan dan konflik sosial yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Dari itu, kefaha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Noor, Mansor, Abdullah, Azlina, Ismail, Mohd Mahadee
Format: Article
Language:Malay
Published: American - Eurasian Network for Scientific Information, A E N S I Publications 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54781/1/Mengurus%20dan%20memahami%20hubungan%20etnik%20di%20universiti%20awam%20Malaysia.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54781/
http://www.aensiweb.net/AENSIWEB/rjss/rjss_May_2016.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Malaysia bersifat multietnik yang dicirikan dengan pelbagai kaum, agama, bahasa, budaya dan tradisi. Kepelbagaian yang wujud di negara ini seandainya tidak diuruskan dengan baik, mudah untuk cetuskan ketegangan dan konflik sosial yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Dari itu, kefahaman yang mendalam amat diperlukan dalam memahami hubungan etnik yang wujud di negara ini. Kegagalan memahami aras penganalisaan konsep etnisiti akan menyebabkan setiap masalah hidup dietnikkan dan setiap masalah etnik gagal dipisahkan dari punca sebab sebenarnya, yang mungkin terletak bukan di dimensi etnisiti, tetapi di dimensi perbedaan sosial yang lain. Tujuan artikel ini adalah untuk mengupas konsep hubungan etnik dan menganalisa tahap hubungan etnik dalam kalangan mahasiswa universiti awam di negara ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa telah wujud kesedaran etnik dan tahap keetnikan didapati terbina di kalangan mahasiswa yang dikaji, tetapi mereka didapati pro-stabiliti, menolak eksrimisme dan kegagasan dan pro-kemajuan. Batas etnik mereka didapati nipis. Toleransi etnik juga positif kerana mereka sudah boleh memperakui, menghormati, menerima, berkongsi sama dan berbangga dengan perbezaan etnik ini. Oleh itu kajian ini mendapati banyak persamaan yang telah dikongsi sama oleh rakyat Malaysia umumnya dan perbezaan tidak memisahkan rakyat kerana perbezaan bahasa, budaya, agama dan tradisi itu sudah diperakui, diterima dan dihormati bersama. Adalah penting bagi seluruh rakyat memahami perbezaan dan perkongsian aspek-aspek keetnikan yang wujud dalam masyarakat di negara ini.