Implikasi perubahan ejaan kata pinjaman Arab dalam sistem tulisan Jawi terhadap pelajar

Perbezaan ejaan kata pinjaman Arab dalam sistem tulisan Arab dan sistem tulisan Jawi mencetuskan kekeliruan kepada pelajar. Hal ini terjadi, kerana kedua-dua sistem tulisan ini berkongsi aksara yang sama tetapi menggunakan sistem tulisan yang berbeza. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mening...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Saman @ Shuhaimi, Mohd Zulkifli, Mohamad, Ab. Halim, Mezah, Che Radiah
Format: Article
Language:Malay
Published: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54515/1/Implikasi%20perubahan%20ejaan%20kata%20pinjaman%20Arab%20dalam%20sistem%20tulisan%20Jawi%20terhadap%20pelajar.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54515/
http://journal.pbmitt.org.my/index.php/volume-2-no-2-dec-2016/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perbezaan ejaan kata pinjaman Arab dalam sistem tulisan Arab dan sistem tulisan Jawi mencetuskan kekeliruan kepada pelajar. Hal ini terjadi, kerana kedua-dua sistem tulisan ini berkongsi aksara yang sama tetapi menggunakan sistem tulisan yang berbeza. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menulis perkataan Arab dengan tepat khususnya yang melibatkan kata pinjaman dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Ia juga dilaksanakan untuk menilai tahap pencapaian pelajar pada menulis perkataan Arab yang dimelayukan serta mengenal pasti bentuk-bentuk kesalahan yang dilakukan. Kajian berbentuk lapangan ini melibatkan 100 pelajar yang terdiri daripada tingkatan dua dan tiga sebagai sampel kajian dengan menggunakan instrumen bahan ujian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pencapaian pelajar pada menulis kata pinjaman Arab adalah sangat lemah. Sebahagian daripada mereka gagal menulis perkataan tersebut dengan tepat disebabkan pengaruh tulisan Jawi yang sangat kuat. Pelbagai bentuk kesalahan dilakukan sama ada penambahan, pengguguran atau penggantian huruf.