Impak dialek Melayu Sabah ke atas bahasa ibunda generasi muda etnik Kadazandusun

Peranan dialek Melayu Sabah sebagai bahasa komunikasi dalam kalangan generasi muda etnik Kadazandusun telah mengubah fungsi bahasa ibunda sebagai bahasa utama. Penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti impak dialek Melayu Sabah dalam komunikasi seharian oleh sampel kajian dengan mengambil kira kata...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dani, Noor Aina, Kining, Syeril Patrisia
Format: Article
Language:Malay
Published: Institute of the Malay World and Civilisation, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54511/1/Impak%20dialek%20Melayu%20Sabah%20ke%20atas%20bahasa%20ibunda%20generasi%20muda%20etnik%20Kadazandusun.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54511/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peranan dialek Melayu Sabah sebagai bahasa komunikasi dalam kalangan generasi muda etnik Kadazandusun telah mengubah fungsi bahasa ibunda sebagai bahasa utama. Penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti impak dialek Melayu Sabah dalam komunikasi seharian oleh sampel kajian dengan mengambil kira kata bahasa Melayu yang telah diserap kekal ke dalam kosa kata Kadazandusun, di samping faktor yang mempengaruhi perubahan penggunaan bahasa. Sejumlah 300 pelajar daripada empat universiti awam di Malaysia dipilih menjadi sampel kajian. Data kajian diperoleh daripada tinjauan yang menggunakan soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa dialek Melayu Sabah lebih kerap digunakan oleh generasi muda etnik Kadazandusun dalam komunikasi seharian berbanding dengan bahasa ibunda. Walau bagaimanapun, sikap mereka terhadap dialek tersebut adalah sederhana tinggi. Penyelidik mendapati bahawa perkataan bahasa Melayu yang telah diserap ke dalam bahasa ibunda oleh sampel merangkumi peralatan, perasaan, dan objek baharu yang tiada dalam kosa kata Kadazandusun. Selain itu, faktor perubahan penggunaan bahasa dalam kalangan sampel yang paling dominan merupakan keperluan penggunaan bahasa mengikut peredaran masa.