Persepsi komuniti Iban terhadap pegawai program dan hubungannya dengan penglibatan dalam program pembasmian kemiskinan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi komuniti Iban terhadap pegawai program yang mengurus dan mentadbir program di Bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan hubung kaitnya dengan penglibatan komuniti dalam program di bawah skim tersebut. Artikel ini menghujahkan baha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kwok, Chin Hoe, Abd Wahab, Haris, Abu Samah, Asnarulkhadi, Redzuan, Ma'rof, Ani, Fauziah
Format: Article
Language:English
Published: Secholian Publication 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53544/1/Persepsi%20komuniti%20Iban%20terhadap%20pegawai%20program%20dan%20hubungannya%20dengan%20penglibatan%20dalam%20program%20pembasmian%20kemiskinan.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53544/
https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/4
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi komuniti Iban terhadap pegawai program yang mengurus dan mentadbir program di Bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan hubung kaitnya dengan penglibatan komuniti dalam program di bawah skim tersebut. Artikel ini menghujahkan bahawa persepsi positif dalam kalangan komuniti terhadap pegawai program adalah elemen yang akan membawa kepada tahap penglibatan komuniti yang tinggi dalam program pembasmian kemiskinan. Tingkat penglibatan yang tinggi ini pula seterusnya menyumbang kepada pencapaian matlamat program pembasmian kemiskinan yang disasarkan. Kajian yang berbentuk kuantitatif ini melibatkan seramai 260 orang responden yang terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR) komuniti Iban di rumah panjang,Daerah Song, Sarawak. Responden kajian telah ditemu bual menggunakan borang soal selidik bagi memperoleh data berkaitan dengan persepsi mereka terhadap pegawai program SPKR. Secara keseluruhannya, penemuan ini menunjukkan majority (82.7%) daripada komuniti Iban mempunyai tahap persepsi yang sederhana terhadap pegawai program di bawah SPKR. Analisis ujian statistik Khi Kuasa Dua menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan (p≤0.05) antara tahap persepsi komuniti Iban terhadap pegawai program SPKR dengan tahap penglibatan mereka dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan dan penilaian program di bawah skim berkenaan.