Pengurusan konflik dalam cerita rakyat Nusantara abad ke-19

Konflik sentiasa bersama dan berkembang secara dinamik seiring dengan perkembangan manusia. Hal ini dapat dilihat dalam cerita rakyat yang berkembang sejak ratusan tahun yang lalu. Pelbagai pendekatan digunakan untuk menyelesaikan sesuatu pergaduhan, pertelingkahan, masalah dalaman manusia dan sebag...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nik Muhamad Affendi, Nik Rafidah
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilisation, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53510/1/Pengurusan%20konflik%20dalam%20cerita%20rakyat%20Nusantara%20abad%20ke-19.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53510/
http://www.ukm.my/iman/en/journal/conflict-management-in-19th-century-malay-archipelago-folklores/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konflik sentiasa bersama dan berkembang secara dinamik seiring dengan perkembangan manusia. Hal ini dapat dilihat dalam cerita rakyat yang berkembang sejak ratusan tahun yang lalu. Pelbagai pendekatan digunakan untuk menyelesaikan sesuatu pergaduhan, pertelingkahan, masalah dalaman manusia dan sebagainya dapat dikesan dalam cerita-cerita yang berkembang dalam masyarakat Melayu atas kesedaran kewujudan konflik merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan oleh individu ataupun masyarakat. Apa yang menarik perhatian pengkaji, pengurusan konflik sama ada secara langsung dan tidak langsung sudah wujud dalam cerita-cerita rakyat yang dikhaskan untuk golongan kanak-kanak. Cerita rakyat daripada perspektif kanak-kanak sudah dikumpulkan dalam bentuk manuskrip dan buku bercetak melebihi seratus tahun yang lalu dikhaskan untuk golongan kanak-kanak seperti yang terdapat dalam Kitab Pembatjaan, Soerat hikajat-hikajat jang baik laipoen bergoena di batja oleh anak-anak. (Surat hikayat-hikayat yang baik lagipun berguna di baca oleh anak-anak).. Cerita-cerita tersebut tersimpan kemas di Perpustakaan Utama di Universiti Leiden dan KITLV(Koninklij Instituut Voor de Taal-Lan-en Volkenkunde atau lebih dikenali sebagai Institut Di Raja Linguistik dan Antropologi Hindia Timur Belanda), di Belanda. Dalam kajian ini, beberapa cerita rakyat daripada perspektif kanak-kanak dipilih untuk meneliti pengurusan konflik yang terdapat dalam cerita. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kaedah tertentu yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisi dalam pengurusan konflik.