Faktor peramal hasrat perlakuan terhadap internet dalam kalangan murid sekolah menengah di Kelantan

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor peramal yang menyumbang kepada hasrat perlakuan terhadap Internet dalam kalangan murid tingkatan 4 di negeri Kelantan. Faktor peramal yang dikaji adalah efikasi swadiri Internet, sikap terhadap Internet, persepsi kemudahgunaan Internet dan persepsi keb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Nurul Hafiza
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52170/1/FPP%202014%2050RR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52170/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor peramal yang menyumbang kepada hasrat perlakuan terhadap Internet dalam kalangan murid tingkatan 4 di negeri Kelantan. Faktor peramal yang dikaji adalah efikasi swadiri Internet, sikap terhadap Internet, persepsi kemudahgunaan Internet dan persepsi kebergunaan Internet terhadap hasrat perlakuan Internet. Seramai 262 orang responden daripada 17 buah sekolah dipilih secara rawak di 10 buah daerah di Kelantan. Data kajian dikumpul menggunakan soal selidik dan di analisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20. Analisis deskriptif dilakukan untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai pembolehubah. Analisis inferensi menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara sikap terhadap Internet, efikasi swadiri Internet, persepsi kemudahgunaan Internet, persepsi kebergunaan Internet dengan hasrat perlakuan terhadap Internet. Selain itu analisis regresi linear pelbagai digunakan untuk mengenalpasti faktor peramal iaitu empat pembolehubah tidak bersandar yang menyumbang kepada hasrat perlakuan untuk menggunakan Internet. Dapatan kajian menunjukkan persepsi kebergunaan Internet adalah faktor peramal yang lebih baik kepada hasrat perlakuan murid untuk menggunakan Internet berbanding efikasi swadiri Internet, persepsi kemudah gunaan Internet dan sikap terhadap Internet.