Hubungan antara faktor interaksi, protokol persembahan dan aspek teknikal terhadap kepuasan pelajar pendidikan jarak jauh dalam pembelajaran dalam talian

Kajian korelasi ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan yang wujud antara pemboleh ubah yang mempengaruhi sesi sidang video dengan kepuasan pelajar yang sedang mengikuti pendidikan jarak jauh. Responden kajian ialah pelajar program Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Putra Malaysia bagi se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Daud, Shaffe, Basri, Ramli, Nawawi, Mokhtar, Abd. Salam, Idawati
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50972/1/Hubungan%20antara%20faktor%20interaksi%2C%20protokol%20persembahan%20dan%20aspek%20teknikal%20terhadap%20kepuasan%20pelajar%20pendidikan%20jarak%20jauh%20dalam%20pembelajaran%20dalam%20talian.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50972/
http://www.injet.upm.edu.my/index.php/archives/volume-1-2-november-2015
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian korelasi ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan yang wujud antara pemboleh ubah yang mempengaruhi sesi sidang video dengan kepuasan pelajar yang sedang mengikuti pendidikan jarak jauh. Responden kajian ialah pelajar program Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Putra Malaysia bagi semester 1 dan 2 tahun akademik 2011/2012. Mereka terdiri daripada pelajar PJJ yang mengikuti Program Master Modular (Luar Kampus) dalam bidang Master Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan - MPPP). Sebanyak 109 soal selidik telah diedarkan menggunakan aplikasi Dokumen Google yang telah dihantar menerusi emel pelajar. Bilangan tersebut adalah terdiri daripada 35 orang (32.1%) pelajar lelaki dan 74 orang (67.9%) pelajar wanita. Dapatan kajian ini menunjukkan semua pemboleh ubah mencatatkan nilai min yang tinggi. Interaksi mempunyai perkaitan yang signifikan sederhana kuat (r=.36) dengan kepuasan pelajar dan sesuai untuk meramal kepuasan pelajar terhadap pendidikan jarak jauh. Aspek teknikal dan protokol persembahan mempunyai perkaitan signifikan (r=.31 dan r=.28) dengan kepuasan pelajar dan menunjukkan wujud perkaitan antara pemboleh ubah, tetapi tidak tepat untuk meramal kepuasan pelajar.