Kebolehdapatan tenaga dan hubungannya dengan risiko kecederaan dalam kalangan atlet wanita

Kebolehdapatan tenaga dalam kalangan atlet wanita adalah penting bagi mengekalkan prestasi. Kebolehdapatan tenaga dipengaruhi oleh keseimbangan tenaga. Atlet yang mengalami kebolehdapatan tenaga yang rendah dikatakan tidak mempunyai keseimbangan tenaga. Istilah kebolehdapatan tenaga yang rendah tela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tamjehi, Suriati, Tengku Kamalden, Tengku Fadilah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50935/1/Greduc090%20Suriati%20Tamjehi.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50935/
http://www.greduc2013.upm.edu.my/PDF%20Files/Greduc090%20Suriati%20Tamjehi.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebolehdapatan tenaga dalam kalangan atlet wanita adalah penting bagi mengekalkan prestasi. Kebolehdapatan tenaga dipengaruhi oleh keseimbangan tenaga. Atlet yang mengalami kebolehdapatan tenaga yang rendah dikatakan tidak mempunyai keseimbangan tenaga. Istilah kebolehdapatan tenaga yang rendah telah mula digunakan sejak tahun 2007 melalui pembaharuan „Position Stand‟ dalam konteks pengklasifikasian individu yang mengalami sindrom Female Athlete Triad bagi menggantikan istilah masalah pemakanan kerana konsepnya yang lebih tepat. Ini kerana, masalah kebolehdapatan tenaga yang rendah boleh juga dialami oleh atlet yang tidak mempunyai masalah pemakanan dan gangguan kitaran haid. Pengiraan kapasiti tenaga melalui rekod jumlah pemakanan yang diambil setiap hari memberikan hasil yang lebih tepat. Kebolehdapatan tenaga yang rendah berpunca samada disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan ataupun pengambilan makanan yang tidak setara/kurang dari keperluan. Ia boleh mengganggu produktiviti dan prestasi seseorang atlet. Lebih membimbangkan, kajian membuktikan bahawa kebolehdapatan tenaga rendah yang kronik boleh mengakibatkan gangguan kepada pembentukan tulang dan sistem reproduktif. Penglibatan dalam acara sukan yang memerlukan bentuk badan yang kurus dikaitkan dengan masalah pemakanan, meningkatkan lagi risiko kebolehdapatan tenaga yang rendah. Kekurangan nutrisi akibat gangguan pemakanan seperti aneroxia nervosa dan ketidakstabilan hormon akan merencatkan pembentukan mineral tulang dan mengakibatkan tulang menjadi rapuh serta terdedah kepada risiko kecederaan seperti patah tulang atau “stress fracture”. Dengan peningkatan jumlah penglibatan atlet wanita dalam arena sukan, adalah perlu untuk memahami situasi dan kitaran fisiologi mereka seawal usia remaja. Pemeriksaan dan pencegahan awal adalah penting bagi membolehkan mereka menyumbang kepada prestasi sukan negara dalam tempoh yang lebih lama.