Pengaruh refleksi swadiri terhadap keupayaan mengaplikasikan kemahiran kaunseling kaunselor pelatih

Kajian yang dijalankan ini bertujuan mengenalpasti hubungan refleksi swadiri dan perkembangan keupayaan mengaplikasikan kemahiran kaunseling kaunselor pelatih. Kajian ini juga akan mengenalpasti pengaruh refleksi swadiri ke atas keupayaan mengaplikasikan kemahiran kaunseling mereka. Sampel kajian te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Alis, Norzaliza, Wan Jaafar, Wan Marzuki, Mohd Ayub, Ahmad Fauzi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50913/1/Greduc081%20Norzaliza%20Alis.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50913/
http://www.greduc2013.upm.edu.my/PDF%20Files/Greduc081%20Norzaliza%20Alis.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang dijalankan ini bertujuan mengenalpasti hubungan refleksi swadiri dan perkembangan keupayaan mengaplikasikan kemahiran kaunseling kaunselor pelatih. Kajian ini juga akan mengenalpasti pengaruh refleksi swadiri ke atas keupayaan mengaplikasikan kemahiran kaunseling mereka. Sampel kajian terdiri daripada kaunselor pelatih yang sedang menjalani latihan internship kaunseling. Seramai 100 orang kaunselor pelatih daripada empat buah Institusi Pengajian Tinggi Awam telah terpilih sebagai responden kajian. Data diperolehi menggunakan instrumen Self-awareness and Management Strategies Scale (SAMS scale) yang dibina oleh Williams, Hurley, O’Brien, dan DeGregoria (2003) dan Counselor Activity Self-Efficacy (CASES) yang dibina oleh Lent, Hill dan Hoffman (2003). Dapatan kajian menunjukkan keupayaan mengaplikasikan kemahiran kaunseling tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan refleksi swadiri; kesedaran kendiri (r=-.182, p=.069) namun mempunyai hubungan yang signifikan pada tahap sederhana dengan refleksi swadiri; strategi pengurusan (r=.433, p=.000). Analis regresi linear menunjukkan refleksi swadiri; strategi pengurusan secara signifikan mampu meramal keupayaan mengaplikasikan kemahiran kaunseling kaunselor pelatih F(1,99)=22.599, p=.000. Hasil kajian ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pihak yang terlibat dalam usaha meningkatkan refleksi swadiri kaunselor pelatih khususnya dalam mengendalikan sesi kaunseling ketika menjalani latihan internship.