Pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya ke atas akhlak belia sebuah universiti awam di Malaysia

Pembangunan belia sebagai aset negara perlu diberi fokus utama bagi memastikan kemajuan sesebuah negara berlangsung dengan sempurna. Ini kerana maju atau mundur sesebuah negara turut diukur daripada kualiti akhlak belianya pada hari ini. Ibu bapa dan rakan sebaya merupakan faktor penting dalam prose...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tan, Rohana, Zainal Abiddin, Norhasni, Hamzah, Azimi, Mohd Fakhrudin, Fathiyah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50836/1/Greduc037%20Rohana%20Tan.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50836/
http://www.greduc2013.upm.edu.my/PDF%20Files/Greduc037%20Rohana%20Tan.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan belia sebagai aset negara perlu diberi fokus utama bagi memastikan kemajuan sesebuah negara berlangsung dengan sempurna. Ini kerana maju atau mundur sesebuah negara turut diukur daripada kualiti akhlak belianya pada hari ini. Ibu bapa dan rakan sebaya merupakan faktor penting dalam proses pembentukan akhlak belia. Artikel ini bertujuan untuk menentukan pengaruh pendidikan keagamaan oleh ibu bapa dan keakraban rakan sebaya dengan pembentukan akhlak belia universiti. Pemilihan sampel dalam kajian ini dilakukan secara rawak berstarta melibatkan 403 sampel daripada kalangan belia universiti yang berusia antara 19 hingga 25 tahun. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 20 dengan menggunakan kaedah analisis inferensi Korelasi Pearson dan Regresi Berganda. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan sederhana (r=.447, p=.000) antara pendidikan keagamaan oleh ibu bapa dengan akhlak belia, manakala keakraban rakan sebaya juga mempunyai hubungan yang signifikan pada tahap rendah (r=.289, p=.000). Hasil analisis Regresi Berganda mendapati pendidikan keagamaan menyumbang sebanyak 20.0 peratus terhadap penghayatan akhlak Islam, manakala keakraban rakan sebaya pula menyumbang sebanyak 1.6 peratus kepada akhlak belia. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menjelaskan bahawa pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya merupakan faktor yang mempengaruhi akhlak belia dalam kalangan belia yang dikaji.