Memperkasa motivasi pencapaian pelajar kolej kediaman melalui pendekatan modul motivasi

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan modul motivasi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ciptaan Jamaludin Ahmad (2011) terhadap motivasi pencapaian pelajar kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia. Reka bentuk kajian eksperimen telah digunakan untuk menentukan keberkesanan modu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Jamaludin, Rosli, Mohamad Safuan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50826/1/Greduc027%20Jamaludin%20Ahmad.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50826/
http://www.greduc2013.upm.edu.my/PDF%20Files/Greduc027%20Jamaludin%20Ahmad.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan modul motivasi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ciptaan Jamaludin Ahmad (2011) terhadap motivasi pencapaian pelajar kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia. Reka bentuk kajian eksperimen telah digunakan untuk menentukan keberkesanan modul motivasi IPT ke atas motivasi pencapaian dengan menggunakan soal selidik Ujian Motivasi Pencapaian (UMP) ciptaan Abu Bakar Nordin (1995). Subjek kajian terdiri daripada pelajar Kolej Kediaman Kolej Tun Dr. Ismail, Universiti Putra Malaysia. Bilangan subjek kajian eksperimen adalah 30 orang iaitu 15 orang untuk kumpulan eksperimen dan 15 orang untuk kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen telah diberikan rawatan menggunakan Modul Motivasi IPT manakala kumpulan kawalan tidak menerima apa-apa rawatan. Ujian pra dan ujian pasca telah diberikan kepada 30 orang pelajar tersebut dalam kedua-dua kumpulan. Untuk menguji hipotesis, ujian-t bersandar telah digunakan dan kaedah analisis menggunakan Statistical packages for the Sosial Science (SPSS). Dapatan kajian membuktikan bahawa modul motivasi IPT berkemampuan meningkatkan motivasi pencapaian dalam kalangan pelajar kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia.