Kerisauan guru terhadap penyeliaan pengajaran dalam kalangan guru sekolah menengah kebangsaan Zon Bangsar, Kuala Lumpur

Penyeliaan pengajaran sangatlah penting untuk kecemerlangan di dalam pengajaran dan pembelajaran dan di dalam pengurusan kurikulum. Penyeliaan sangat mustahak untuk pemantauan pengajaran di sekolah dan untuk melihat kesannya di dalam tugas guru supaya ianya dapat dijalankan dengan berterusan terhada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Gunarasa, Vijayaamalar, Abdul Kadir, Suhaida
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50813/1/Greduc021%20Vijayaamalar%20Gunarasa.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50813/
http://www.greduc2013.upm.edu.my/PDF%20Files/Greduc021%20Vijayaamalar%20Gunarasa.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyeliaan pengajaran sangatlah penting untuk kecemerlangan di dalam pengajaran dan pembelajaran dan di dalam pengurusan kurikulum. Penyeliaan sangat mustahak untuk pemantauan pengajaran di sekolah dan untuk melihat kesannya di dalam tugas guru supaya ianya dapat dijalankan dengan berterusan terhadap guru-guru dan untuk membantu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji kerisauan guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dijalankan di dalam kelas. Kajian ini melibatkan 250 orang guru di tujuh buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Zon Bangsar, Kuala Lumpur. Data kajian dikutip dengan menggunakan soal selidik. Kerisauan terhadap penyeliaan diukur menggunakan soal selidik atau instrumen yang diubah suai merujuk kepada ‘Teaching Anxiety Scale (TCHAS)’ yang direka oleh Parson’ (1973) untuk penyelidikan ini. Dapatan kajian menunjukkan kerisauan guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah adalah pada tahap yang sederhana (Min = 3.04, S.P = .68). Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara kerisauan guru terhadap penyeliaan pengajaran berdasarkan faktor demografi iaitu jantina dan pengalaman mengajar.