Hubungan antara peluang belajar dan keterlibatan murid dengan pencapaian dalam mata pelajaran katering di sekolah menengah di Negeri Melaka

Peluang belajar merupakan salah satu faktor penting yang boleh mempengaruhi pencapaian murid. Peluang belajar dalam kajian ini terbahagi kepada dua dimensi, iaitu strategi pengajaran dan kecukupan sumber pengajaran. Keterlibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran juga memainkan peranan penting...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yusuf, Nor Yuzie
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50631/1/FPP%202014%2042RR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50631/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peluang belajar merupakan salah satu faktor penting yang boleh mempengaruhi pencapaian murid. Peluang belajar dalam kajian ini terbahagi kepada dua dimensi, iaitu strategi pengajaran dan kecukupan sumber pengajaran. Keterlibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran juga memainkan peranan penting dan menjadi faktor kepada pencapaian murid. Keterlibatan dikaitkan dengan aktiviti murid di dalam bilik darjah atau semasa amali yang merangkumi tingkah laku, emosi dan kognitif. Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara pemboleh ubah peluang belajar dan keterlibatan murid dengan pencapaian dalam mata pelajaran Katering dan Penyajian (KP). Kajian berbentuk deskriptif kuantitatif ini melibatkan 119 orang murid Katering di sekolah menengah akademik harian di negeri Melaka yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Kajian menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Instrumen kajian termasuklah Soal Selidik Peluang Belajar, Soal Selidik Keterlibatan dan Maklumat Demografi Responden. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya, tahap peluang belajar murid KP adalah sederhana. Analisis korelasi pula mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peluang belajar dengan pencapaian murid dalam mata pelajaran KP. Analisis berikutnya mendapati tahap keterlibatan murid adalah tinggi. Manakala analisis korelasi pula mendapati secara keseluruhannya terdapat hubungan yang signifikan dan sederhana antara keterlibatan murid dengan pencapaian. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan sederhana antara keterlibatan emosi dan kognitif dengan pencapaian murid. Juga terdapat hubungan yang signifikan dan rendah antara keterlibatan tingkah laku dengan pencapaian murid dalam mata pelajaran ini. Analisis korelasi pula mendapati terdapat hubungan yang signifikan dan rendah antara anggaran bilangan buku atau majalah berkaitan katering di rumah dengan pencapaian. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pendidikan ibubapa dengan pencapaian murid. Berdasarkan dapatan kajian ini, dicadangkan supaya guru menekankan penggunaan strategi pengajaran ke dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah terutamanya dalam mata pelajaran KP. Selain itu, ia boleh digunakan sebagai sumber untuk merancang dan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Aspek yang berkaitan peluang belajar ini harus diberi perhatian bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran KP. Antaranya, mendedahkan murid kepada strategi pengajaran seperti aktiviti di dalam bilik darjah atau amali,memenuhi keperluan khusus semasa amali, meningkatkan kemahiran murid,pendedahan dan penerangan berkaitan amali. Oleh itu, usaha dan pemantauan daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa, guru dan pihak sekolah perlu bagi meningkatkan tahap peluang belajar murid dan mengekalkan tahap keterlibatan murid dalam mata pelajaran ini. Ini kerana,ketiga-tiga dimensi keterlibatan penting di dalam bilik darjah atau semasa amali.