Gaya interaksi pelajar dalam persekitaran pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer dan hubungannya dengan kompetensi teknologi maklumat dan komunikasi, reka bentuk portal teknopen dan kepuasan pelajar

Kajian ini bertujuan untuk melihat gaya interaksi pelajar dalam persekitaran pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Gaya interaksi pelajar yang dikaji terbahagi kepada tiga iaitu, interaksi pelajar dengan pelajar lain, interaksi pelajar dengan pengajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Jamin @ Abd Hamid, Nurul Fatiha
Format: Thesis
Language:English
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/49788/1/FPP%202013%2075RR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/49788/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat gaya interaksi pelajar dalam persekitaran pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Gaya interaksi pelajar yang dikaji terbahagi kepada tiga iaitu, interaksi pelajar dengan pelajar lain, interaksi pelajar dengan pengajar dan interaksi pelajar dengan kandungan Portal TEKNOPEN. Selain daripada itu, kajian ini juga mengenalpasti hubungan antara gaya interaksi dengan beberapa faktor iaitu kompetensi ICT pelajar, reka bentuk dan kepuasan pelajar menggunakan Portal TEKNOPEN. Instrumen kajian ini adalah satu set borang soal selidik berstruktur yang terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A (Latar belakang pelajar), Bahagian B (Gaya interaksi pelajar) dengan nilai kebolehpercayaan 0.868, Bahagian C (Kompetensi ICT pelajar) dengan nilai kebolehpercayaan 0.943, Bahagian D (Reka bentuk Portal TEKNOPEN) dengan nilai kebolehpercayaan 0.950 dan Bahagian E (Kepuasan pelajar terhadap Portal TEKNOPEN) dengan nilai kebolehpercayaan 0.957. Sampel kajian terdiri daripada 128 orang pelajar yang mengambil kursus Teknologi Pendidikan pada semester pertama sesi 2009/2010 dan menggunakan Portal TEKNOPEN. Bilangan sampel adalah merujuk kepada formula kiraan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Min keseluruhan bagi interaksi pelajar adalah pada tahap yang tinggi (M=4.04,SP=0.500). Dapatan kajian menunjukkan interaksi pelajar dengan pengajar merupakan gaya interaksi yang paling menonjol (M=4.10, SP=0.513) diikuti interaksi pelajar dengan kandungan portal (M=4.02, SP=0.530) dan Interaksi pelajar dengan pelajar lain (M=3.99, SP=0.588). Bagi faktor-faktor yang dikaji dalam kajian ini, Aspek kompetensi ICT pelajar (M=4.48, SP=0.479) merupakan faktor yang menunjukkan min tertinggi diikuti kepuasan pelajar terhadap penggunaan portal (M=4.20, SP=0.522) dan rekabentuk portal pendidikan yang digunakan oleh pelajar (M=4.00, SP=0.612). Hasil analisis hubungan pula mendapati faktor reka bentuk [r(126)=0.756; p<.01] dan kepuasan pelajar terhadap portal TEKNOPEN [r(126)=0.800; p<.01] mempunyai hubungan positif yang kuat dengan interaksi pelajar dalam portal. Bagi faktor kompetensi ICT pelajar [r(126)=0.399; p<.01] pula, ianya menunjukkan hubungan positif yang sederhana. Kajian ini juga mengemukakan beberapa cadangan iaitu pengajar perlu sentiasa menggalakkan pelajar-pelajar berinteraksi dan menyediakan bantuan serta sokongan semasa proses interaksi dalam talian. Pengajar perlu prihatin terhadap keperluan pelajar dengan memberi maklum balas pada masa yang tepat. Selain daripada itu, penambahbaikkan perlu dibuat terhadap rekabentuk khususnya dari sudut grafik dan warna portal. Fungsi portal juga boleh ditingkatkan dengan menambah aplikasi sistem interaksi secara sinkroni.