Pengaruh Sikap Dan Motivasi Terhadap Komitmen Ahli Dalam Pelbagai Aktiviti Rukun Tetangga Di Kawasan R.T. Taman Sri Jelok, Kajang, Selangor

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menjelaskan tahap komitmen anggota komuniti dalam aktiviti Rukun Tetangga Taman Sri Jelok, dan menjelaskan pengaruh sikap dan motivasi terhadap komitmen. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti peramal terbaik untuk komitmen dan daripada kajian ini juga dapat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Thomas, Benny Vivian
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2007
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4972/1/FEM_2007_6.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4972/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.4972
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.49722013-05-27T07:19:29Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4972/ Pengaruh Sikap Dan Motivasi Terhadap Komitmen Ahli Dalam Pelbagai Aktiviti Rukun Tetangga Di Kawasan R.T. Taman Sri Jelok, Kajang, Selangor Thomas, Benny Vivian Tujuan utama kajian ini adalah untuk menjelaskan tahap komitmen anggota komuniti dalam aktiviti Rukun Tetangga Taman Sri Jelok, dan menjelaskan pengaruh sikap dan motivasi terhadap komitmen. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti peramal terbaik untuk komitmen dan daripada kajian ini juga dapat dibentuk satu model komitmen bagi organisasi atau pertubuhan sukarela berbentuk kemasyarakatan. Dalam kajian ini, sampel yang digunakan adalah seramai 200 orang anggota komuniti yang menjadi ahli R.T. Tmn. Sri Jelok. Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan borang soal selidik. Data dikumpul menggunakan soal selidik yang mengandungi soalan berkaitan latar belakang, faktor sikap, faktor motivasi dan komitmen. Tahap komitmen anggota komuniti dalam aktiviti R.T. diukur dengan menggunakan soal selidik yang diadaptasi daripada soal selidik Organizatinal Commitment Questionaire (Poter et al. 1979). Manakala alat ukuran untuk pemboleh ubah sikap dan pemboleh ubah motivasi diukur dengan menggunakan soal selidik yang diadaptasi dan diubahsuai daripada soal selidik yang digunakan oleh Turiman (1991). Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap dan komitmen kaum India terhadap aktiviti R.T. adalah tinggi berbanding dengan kaum Melayu dan Cina. Daripada analisis bivariate mendapati pemboleh ubah faktor sikap iaitu nilai-nilai instrumental, tarikan kepada aktiviti R.T., sikap terhadap aktiviti R.T. dan kepuasan terhadap aktiviti R.T. mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan komitmen. Manakala empat daripada lima pemboleh ubah faktor motivasi iaitu altruisme, egoisme, keagamaan dan kewajipan sosial mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan komitmen. Daripada analisis regresi pelbagai mendapati sebanyak 65% varian komitmen dalam aktiviti R.T. dapat dijelaskan oleh 9 pemboleh ubah daripada faktor sikap dan faktor motivasi. Manakala daripada analisis regresi ‘stepwise’ mendapati peramal terbaik bagi komitmen ialah nilai-nilai instrumental, tarikan daripada aktiviti R.T., sikap terhadap kegiatan dan aktiviti R.T. dan motivasi altruisme. Hasil kajian mendapati bahawa faktor sikap dan faktor motivasi memberi sumbangan yang besar kepada komitmen ahli-ahli dalam aktiviti R.T. Daripada dapatan kajian ini boleh disimpulkan komitmen ahli komuniti yang terlibat dalam aktiviti R.T. meningkat sekiranya tanggapan individu terhadap nilai-nilai instrumental R.T. adalah positif, lebih tertarik kepada aktiviti R.T., sikap positif dalam aktiviti R.T. dan sifat suka membantu (motivasi altruisme) dalam diri individu. 2007 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4972/1/FEM_2007_6.pdf Thomas, Benny Vivian (2007) Pengaruh Sikap Dan Motivasi Terhadap Komitmen Ahli Dalam Pelbagai Aktiviti Rukun Tetangga Di Kawasan R.T. Taman Sri Jelok, Kajang, Selangor. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Malay
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
Malay
description Tujuan utama kajian ini adalah untuk menjelaskan tahap komitmen anggota komuniti dalam aktiviti Rukun Tetangga Taman Sri Jelok, dan menjelaskan pengaruh sikap dan motivasi terhadap komitmen. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti peramal terbaik untuk komitmen dan daripada kajian ini juga dapat dibentuk satu model komitmen bagi organisasi atau pertubuhan sukarela berbentuk kemasyarakatan. Dalam kajian ini, sampel yang digunakan adalah seramai 200 orang anggota komuniti yang menjadi ahli R.T. Tmn. Sri Jelok. Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan borang soal selidik. Data dikumpul menggunakan soal selidik yang mengandungi soalan berkaitan latar belakang, faktor sikap, faktor motivasi dan komitmen. Tahap komitmen anggota komuniti dalam aktiviti R.T. diukur dengan menggunakan soal selidik yang diadaptasi daripada soal selidik Organizatinal Commitment Questionaire (Poter et al. 1979). Manakala alat ukuran untuk pemboleh ubah sikap dan pemboleh ubah motivasi diukur dengan menggunakan soal selidik yang diadaptasi dan diubahsuai daripada soal selidik yang digunakan oleh Turiman (1991). Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap dan komitmen kaum India terhadap aktiviti R.T. adalah tinggi berbanding dengan kaum Melayu dan Cina. Daripada analisis bivariate mendapati pemboleh ubah faktor sikap iaitu nilai-nilai instrumental, tarikan kepada aktiviti R.T., sikap terhadap aktiviti R.T. dan kepuasan terhadap aktiviti R.T. mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan komitmen. Manakala empat daripada lima pemboleh ubah faktor motivasi iaitu altruisme, egoisme, keagamaan dan kewajipan sosial mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan komitmen. Daripada analisis regresi pelbagai mendapati sebanyak 65% varian komitmen dalam aktiviti R.T. dapat dijelaskan oleh 9 pemboleh ubah daripada faktor sikap dan faktor motivasi. Manakala daripada analisis regresi ‘stepwise’ mendapati peramal terbaik bagi komitmen ialah nilai-nilai instrumental, tarikan daripada aktiviti R.T., sikap terhadap kegiatan dan aktiviti R.T. dan motivasi altruisme. Hasil kajian mendapati bahawa faktor sikap dan faktor motivasi memberi sumbangan yang besar kepada komitmen ahli-ahli dalam aktiviti R.T. Daripada dapatan kajian ini boleh disimpulkan komitmen ahli komuniti yang terlibat dalam aktiviti R.T. meningkat sekiranya tanggapan individu terhadap nilai-nilai instrumental R.T. adalah positif, lebih tertarik kepada aktiviti R.T., sikap positif dalam aktiviti R.T. dan sifat suka membantu (motivasi altruisme) dalam diri individu.
format Thesis
author Thomas, Benny Vivian
spellingShingle Thomas, Benny Vivian
Pengaruh Sikap Dan Motivasi Terhadap Komitmen Ahli Dalam Pelbagai Aktiviti Rukun Tetangga Di Kawasan R.T. Taman Sri Jelok, Kajang, Selangor
author_facet Thomas, Benny Vivian
author_sort Thomas, Benny Vivian
title Pengaruh Sikap Dan Motivasi Terhadap Komitmen Ahli Dalam Pelbagai Aktiviti Rukun Tetangga Di Kawasan R.T. Taman Sri Jelok, Kajang, Selangor
title_short Pengaruh Sikap Dan Motivasi Terhadap Komitmen Ahli Dalam Pelbagai Aktiviti Rukun Tetangga Di Kawasan R.T. Taman Sri Jelok, Kajang, Selangor
title_full Pengaruh Sikap Dan Motivasi Terhadap Komitmen Ahli Dalam Pelbagai Aktiviti Rukun Tetangga Di Kawasan R.T. Taman Sri Jelok, Kajang, Selangor
title_fullStr Pengaruh Sikap Dan Motivasi Terhadap Komitmen Ahli Dalam Pelbagai Aktiviti Rukun Tetangga Di Kawasan R.T. Taman Sri Jelok, Kajang, Selangor
title_full_unstemmed Pengaruh Sikap Dan Motivasi Terhadap Komitmen Ahli Dalam Pelbagai Aktiviti Rukun Tetangga Di Kawasan R.T. Taman Sri Jelok, Kajang, Selangor
title_sort pengaruh sikap dan motivasi terhadap komitmen ahli dalam pelbagai aktiviti rukun tetangga di kawasan r.t. taman sri jelok, kajang, selangor
publishDate 2007
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4972/1/FEM_2007_6.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4972/
_version_ 1643823052839976960
score 13.154949