Perbandingan kebolehan visualisasi ruang berasaskan gaya pembelajaran, pengalaman dan latihan dalam kalangan murid rekaan dan jahitan pakaian

Kebolehan visualisasi ruang (KVR) merupakan suatu keperluan yang kritikal dalam menentukan kejayaan individu dalam bidang rekaan dan jahitan pakaian (RJP). Walau bagaimanapun kebolehan ini sangat kurang diberi perhatian eksplisit disamping terdapat faktor-faktor yang dapat menyumbang kepada perbeza...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sapie@Safie, Norwati
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48723/1/FPP%202012%2086R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48723/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebolehan visualisasi ruang (KVR) merupakan suatu keperluan yang kritikal dalam menentukan kejayaan individu dalam bidang rekaan dan jahitan pakaian (RJP). Walau bagaimanapun kebolehan ini sangat kurang diberi perhatian eksplisit disamping terdapat faktor-faktor yang dapat menyumbang kepada perbezaan dalam pencapaian kebolehan visualisasi ruang dalam kalangan individu. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perbandingan KVR berasaskan gaya pembelajaran, pengalaman dan latihan dalam kalangan murid RJP. Sampel kajian terdiri daripada 288 orang murid tingkatan empat yang mengambil matapelajaran RJP di sekolah menengah harian di Semenanjung Malaysia. Responden dipilih secara persampelan rawak berkelompok. Data bagi kajian ini diperoleh dengan menggunakan borang soal selidik yang telah diadaptasi oleh penyelidik berdasarkan soal selidik Apparel Spatial Visualization Test (ASVT) oleh Workman, Caldwell dan Kallal (1999) dan Learning Style Inventory III (LSI III) oleh Kolb (1993) dalam versi Bahasa Melayu oleh Sarimah (2005). Data berkaitan pengalaman dan latihan diperoleh daripada bahagian demografi dalam instrumen kajian. Kekerapan, min, sisihan piawai dan peratus digunakan untuk menganalisis data. Ujian-t dan ANOVA digunakan untuk melihat perbezaan antara pemboleh ubah yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan tahap pencapaian KVR murid RJP dalam kajian ini adalah lemah. Murid RJP didapati memiliki gaya pembelajaran yang pelbagai. Majoriti daripada mereka memiliki gaya pembelajaran penyesuai. Berdasarkan analisis ujian-t, kajian ini mendapati murid RJP yang mempunyai pengalaman berada dalam keluarga yang terlibat dengan bidang seni kreatif, menyiapkan lebih banyak bilangan latihan,pernah melalui latihan dalam matapelajaran KHB (ERT), mempunyai jangkamasa pendedahan yang lebih lama dalam latihan rekaan dan jahitan pakaian dan mempunyai latihan di luar sekolah berkaitan bidang rekaan dan jahitan pakaian secara signifikannya memperoleh pencapaian KVR yang lebih baik. ANOVA pula menunjukkan murid RJP yang memiliki ibubapa terlibat dengan bidang seni kreatif,mendapat gred yang lebih baik dalam PMR bagi matapelajaran KHB (ERT) dan murid yang memiliki gaya pembelajaran jenis pemusat secara signifikannya memperoleh pencapaian KVR yang lebih baik. Secara keseluruhannya kajian ini mendapati wujudnya perbezaan dalam pencapaian KVR murid RJP berdasarkan ketiga-tiga faktor yang telah dikaji. Oleh itu, keseluruhan faktor tersebut perlu diberi perhatian dalam usaha meningkatkan pencapaian kebolehan ini. Seterusnya,beberapa cadangan telah dikemukakan untuk tujuan penambahbaikan dalam kurikulum serta proses pengajaran dan pembelajaran bidang RJP.