Peristiwa komunikasi dan gaya perbualan dalam kalangan kanak-kanak berusia 9 tahun di SK Ayer Hitam, Johor, Malaysia.

Kajian ini dijalankan untuk menganalisis peristiwa komunikasi dan gaya perbualan yang tercipta dalam perbualan kanak-kanak. Berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak, pengkaji akan menganalisis peristiwa komunikasi yang tercetus semasa mereka berbual. Antara objektif kajian ini adalah u...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Isnain, Siti Muslihah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48457/1/FBMK%202013%2059R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48457/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menganalisis peristiwa komunikasi dan gaya perbualan yang tercipta dalam perbualan kanak-kanak. Berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak, pengkaji akan menganalisis peristiwa komunikasi yang tercetus semasa mereka berbual. Antara objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peristiwa komunikasi dan gaya perbualan yang wujud dalam perbualan kanak-kanak dengan mengaplikasikan Teori Etnografi Komunikasi. Teori ini diterapkan bagi menghurai komponen komunikasi yang terdapat dalam perbualan mereka berdasarkan „SPEAKING‟ grid yang diperkenalkan oleh Hymes (1974). Berdasarkan kajian, pengkaji mendapati bahawa berlakunya peristiwa komunikasi dalam perbualan kanak-kanak. Kesemua peristiwa komunikasi yang tercipta dihurai setiap satunya berdasarkan „SPEAKING‟ grid yang melibatkan latar, peserta, tujuan atau matlamat, urutan lakuan, ragam, alat atau saluran komunikasi, norma-norma interaksi dan genre. Kajian ini juga akan menghurai gaya perbualan yang tercipta dalam perbualan kanak-kanak berdasarkan kerangka perbualan yang diperkenalkan oleh Rehling (2004).