Pascakolonialisme dalam novel Faisal Tehrani

Kajian ini berdasarkan analisis, perbincangan dan penilaian pemikiran pascakolonialisme dalam novel Faisal Tehrani iaitu ‘1515’, ‘Tunggu Teduh Dulu’, dan ‘Bedar Sukma Bisu’. Objektif kajian ini ialah untuk: i) mengenal pasti dan mengkategorikan pemikiran dalam novel Faisal Tehrani, ii) menghuraika...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ros, Shaidathul Suhana
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48456/1/FBMK%202013%2058R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48456/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini berdasarkan analisis, perbincangan dan penilaian pemikiran pascakolonialisme dalam novel Faisal Tehrani iaitu ‘1515’, ‘Tunggu Teduh Dulu’, dan ‘Bedar Sukma Bisu’. Objektif kajian ini ialah untuk: i) mengenal pasti dan mengkategorikan pemikiran dalam novel Faisal Tehrani, ii) menghuraikan pemikiran pascakolonialisme dan teknik penggarapannya dalam novel karya Faisal Tehrani, dan iii) menganalisis pemikiran pascakolonialisme dalam novel-novel karya Faisal Tehrani. Kajian dijalankan melalui kaedah penyelidikan kepustakaan untuk mendapat bahan, maklumat, keterangan dan penyataan. Tinjauan terhadap kajian mengenai pascakolonialisme yang pernah dilakukan bertujuan untuk menganalisis aspek pendekatan yang sering digunakan dalam kajian yang berkaitan. Hasil kajian mendapati novel Faisal Tehrani cenderung ke arah memperkatakan pemikiran pascakolonialisme, iaitu pemikiran-pemikiran yang berjati diri dalam karya kesusasteraan khususnya dalam konteks masyarakat dan bangsa yang sudah bebas dari belenggu penjajahan. Hasil kajian juga mendapati pemikiran pascakolonialisme dapat memperlihatkan jiwa dan keperibadian novelis. Penemuan ini dapat mencerminkan kemantapan serta kematangan novelis tersebut. Keseluruhannya, novelis berjaya mengekspoitasi sepenuhnya pemikiran pascakolonialisme untuk membantu proses pembinaan jati diri bangsa yang lebih besar, dan menjana keperkasaan bidang kesusasteraan serta pemikiran bangsa Malaysia yang lebih kukuh.