Rangsangan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid Cina di sekolah rendah, Kelantan, Malaysia

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan faktor rangsangan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid Cina berdasarkan bandar dan luar bandar. Penyelidikan juga adalah untuk menghuraikan perbezaan faktor rangsangan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad, Noor Asiah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48447/1/FBMK%202013%2048R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48447/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan faktor rangsangan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid Cina berdasarkan bandar dan luar bandar. Penyelidikan juga adalah untuk menghuraikan perbezaan faktor rangsangan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua murid Cina dengan berdasarkan lelaki dan perempuan. Seterusnya, penyelidikan ini bertujuan untuk mengaplikasikan Model Pembelajaran Dunn & Dunn (1992) dalam meneliti faktor rangsangan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid Cina di Machang, Kelantan. Subjek kajian terdiri daripada 59 orang murid Cina Tahun Lima dari tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Machang, Kelantan Penyelidikan ini menggunakan kaedah kepustakaan, servei, pemerhatian, temu bual, dan soal selidik. Data pula dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil dapatan menunjukkan terdapat persamaan faktor rangsangan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid Cina dalam kelima-lima rangsangan. Dalam rangsangan emosi, kebanyakan murid Cina mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi, bertanggungjawab positif, berkeazaman rendah, dan selesa belajar dengan struktur yang terikat. Dalam rangsangan psikologi, murid-murid Cina cenderung kepada stail pembelajaran reflektif dan analitikal. Seterusnya, hasil dapatan mendapati bahawa murid-murid Cina lebih dominan menggunakan otak kiri, berbanding otak kanan. Bagi rangsangan persekitaran pula, murid-murid Cina lebih selesa belajar di asrama atau tempat tinggal dan bilik darjah. Murid-murid Cina juga sangat peka terhadap persekitaran bunyi, terutamanya bunyi yang bising. Manakala dalam rangsangan fisiologi pula, kebanyakan murid Cina Tahun Lima suka belajar melalui faktor rangsangan pembelajaran persepsi kinesthetik-tactile, dan memilih waktu pagi untuk mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Mereka juga selesa bergerak semasa belajar dan kurang mementingkan aspek pemakanan. Di samping itu, bagi rangsangan sosiologi, hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan murid Cina suka belajar secara berpasangan. Hasil kajian juga mendapati bahawa faktor rangsangan pembelajaran Bahasa Melayu yang paling diminati oleh murid-murid Cina Tahun Lima adalah faktor rangsangan pembelajaran berdasarkan rangsangan persekitaran. Cadangan-cadangan yang diusulkan adalah berkaitan dengan usaha-usaha memperbaiki sistem pendidikan di Malaysia dalam memastikan pembelajaran bahasa kedua murid-murid Cina dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan efektif tanpa mengabaikan bahasa pertama mereka, khususnya bahasa Mandarin. Dapatan penyelidikan ini, diharapkan memberi gambaran dan kesedaran kepada ibu bapa dan warga pendidik terhadap kepentingan faktor rangsangan pembelajaran murid-murid terutamanya murid-murid Cina dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.