Sikap dan persepsi guru sains terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di makmal sains

Perlaksanaan Program “Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris” oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran Bahasa Inggeris serta pengintegrasian teknologi komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sabudin, Shahril
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2006
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4796/1/FPP_2006_11.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4796/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perlaksanaan Program “Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris” oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran Bahasa Inggeris serta pengintegrasian teknologi komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Ini bermakna semua guru matematik dan sains dikehendaki mengajar menggunakan Bahasa Inggeris serta teknologi komputer. Perlaksanaan program ini dipercayai telah memberikan tekanan kepada guru-guru sains dan matematik di negara ini. Oleh itu, adalah perlu untuk menjalankan kajian bagi mengenalpasti sikap kumpulan guru-guru in terhadap proses pengintegrasian teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Fokus kajian ini adalah terhadap proses pengintegrasian teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di makmal sains. Objektif utama kajian yang dijalankan ini adalah seperti berikut: a) untuk mengenalpasti sikap guru-guru sains terhadap penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di makmal sains, b) untuk mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap peranan mereka (sama ada berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di makmal sains, dan c) untuk mengenalpasti tahap penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di makmal sains.