UPM Kini Universiti Putra Malaysia

SERDANG 3 April _ Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia (UPM) kepada Universiti Putra Malaysia (UPM). Menurutnya, nama itu dipilih kerana lokasinya yang bersebelahan dengan Putrajaya, pusat pentadbiran baru kerajaan yang te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Utusan Malaysia,
Format: Newspaper
Language:English
Malay
Published: 1997
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4436/1/0633.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4436/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:SERDANG 3 April _ Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia (UPM) kepada Universiti Putra Malaysia (UPM). Menurutnya, nama itu dipilih kerana lokasinya yang bersebelahan dengan Putrajaya, pusat pentadbiran baru kerajaan yang terletak dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) dan kini dalam pembinaan. Pusat pentadbiran baru itu juga mengambil sempena nama Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra. ``Putra juga bermakna rakyat yang muda dan remaja,'' katanya ketika berucap sebelum mengadakan dialog dengan pelajar dan kakitangan UPM semasa lawatan rasmi seharinya ke universiti itu hari ini. Pengumuman itu disambut dengan tepukan gemuruh ribuan pelajar dan kakitangan universiti yang memenuhi Dewan Sultan Salahuddin Abdul Aziz UPM, di sini. Dr. Mahathir berkata, nama universiti itu perlu ditukar bagi memberi tafsiran baru memandangkan peranannya tidak lagi tertumpu kepada bidang pertanian semata-mata. Tambah beliau, UPM telah berkembang dengan menguasai bidang penyelidikan serta pembangunan sains dan teknologi seperti teknologi maklumat dan multimedia.``Sebab itu namanya perlu ditukar supaya mencerminkan pertumbuhan dan kejayaan rakyat muda Malaysia,'' katanya. Beliau berbangga dengan kemajuan yang dicapai oleh UPM, walaupun pada asalnya ia dianggap sebagai `universiti yang ditubuhkan untuk nak ajar orang kita menanam padi dan menangkap ikan.'