Transformasi makna ayat perintah dalam novel S. Othman Kelantan
Kajian ini berkaitan perubahan makna ayat perintah dalam novel S. Othman Kelantan berdasarkan Teori Semantik Logik Simbolik. Penggunaan ayat perintah lazimnya, akan mewujudkan situasi tindak balas satu lawan satu antara penutur dengan pendengar. Penggunaannya, bertujuan untuk menyatakan sesuatu maks...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41384/1/FBMK%202013%2031R.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41384/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini berkaitan perubahan makna ayat perintah dalam novel S. Othman Kelantan berdasarkan Teori Semantik Logik Simbolik. Penggunaan ayat perintah lazimnya, akan mewujudkan situasi tindak balas satu lawan satu antara penutur dengan pendengar. Penggunaannya, bertujuan untuk menyatakan sesuatu maksud sama ada untuk memberitahu, memerintah, melarang, mahupun memujuk. Objektif kajian ini mengenal pasti jenis-jenis ayat perintah, menganalisis
transformasi makna ayat perintah dalam novel S.Othman Kelantan berdasarkan teori Logik Simbolik dan merumus faktor-faktor yang mempengaruhi transformasi makna ayat perintah dalam novel yang dikaji berdasarkan kepengarangan
S.Othman Kelantan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, terdapat empat jenis ayat perintah yang mendominasi karya yang dikaji iaitu, ayat perintah larangan, suruhan, silaan dan permintaan. Kepelbagaian penggunaan ayat perintah ini, dikaitkan dengan mesej dan tema yang diketengahkan oleh pengarangnya. Penganalisisan makna ayat perintah berdasarkan prinsip teori semantik logik simbolik iaitu, prinsip semantik, sintaktik dan pragmatik dalam novel yang dikaji telah menemukan beberapa perubahan makna terhadap ayat perintah seperti, makna suruhan kepada permintaan, larangan kepada suruhan atau sebaliknya.
Di samping itu, perubahan makna sesuatu ayat perintah turut di pengaruhi oleh pelbagai faktor sama ada faktor linguistik mahupun non linguistik yang turut mempengaruhi aspek kepengarangan. Antaranya ialah, faktor perkembangan
bahasa itu sendiri, faktor kekaburan dan ketidakpastian makna, faktor kelaziman atau kebiasaan yang menyimpang daripada aturan, faktor sosial dan budaya masyarakat dan faktor konteks dan situasi. Kajian juga menunjukkan bahawa
perlunya sesuatu ujaran dalam bentuk ayat perintah diinterpretasikan berdasarkan proses perubahan makna menggunakan teori semantik logik simbolik yang menggabungkan ilmu semantik, sintaktik dan pragmatik. |
---|