Pengaruh ketagihan internet dan kesihatan mental ke atas sikap mendapatkan bantuan kaunseling

Kajian yang dijalankan ini bertajuk “Pengaruh Ketagihan Internet dan Kesihatan Mental Terhadap Sikap Mendapatkan Bantuan Kaunseling” dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM). Kini isu ketagihan internet dan kaitannya dengan masalah mental telah menular di peringkat global termasuk di M...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Arifin, Suhaili
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/40892/1/FPP%202014%205%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/40892/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang dijalankan ini bertajuk “Pengaruh Ketagihan Internet dan Kesihatan Mental Terhadap Sikap Mendapatkan Bantuan Kaunseling” dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM). Kini isu ketagihan internet dan kaitannya dengan masalah mental telah menular di peringkat global termasuk di Malaysia. Di sebalik krisis yang dihadapi ini, perlu kepada langkah penyelesaian yang segera. Salah satu pendekatan yang relevan untuk dilaksanakan ialah melalui perkhidmatan kaunseling. Oleh sebab itu, bagi memastikan keberkesanan perkhidmatan kaunseling ke atas individu yang mengalami ketagihan internet mahupun kesihatan mental adalah dengan memahami bagaimanakah sikap mereka terhadap mendapatkan bantuan kaunseling. Justeru itu, kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa objektif utama. Objektif yang pertama bertujuan untuk melihat tahap pemboleh ubah yang terlibat dalam kajian ini iaitu ketagihan internet, kesihatan mental, dan sikap mendapatkan bantuan kaunseling. Selain itu, objektif seterusnya adalah untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh di antara ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut. Bagi objektif terakhir, adalah untuk mengenal pasti adakah kesihatan mental merupakan pemboleh ubah mediator dalam kajian ini. Sampel kajian melibatkan 810 orang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dipilih menggunakan persampelan rawak mudah daripada 17 kolej kediaman UPM. Reka bentuk kajian ini adalah kajian korelasi. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Ketagihan Internet oleh Young (1998), Inventori Kesihatan Mental oleh Veit dan Ware (1983) dan Attitudes Towards Seeking Professional Psychological Help (ATSPPH) oleh Fischer dan Turner (1970). Data dianalisis dengan menggunakan ujian Korelasi Pearson, Regresi Mudah dan Regresi Pelbagai. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap ketagihan internet dan sikap mendapatkan bantuan kaunseling dalam kalangan pelajar UPM masih lagi rendah.Manakala kebanyakan pelajar mempunyai kesihatan mental yang sejahtera. Keputusan kajian kedua pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi ketiga-tiga hipotesis yang pertama. Bagi keputusan kajian seterusnya menunjukkan pemboleh ubah peramal iaitu ketagihan internet dan kesihatan mental merupakan pengaruh yang signifikan terhadap sikap mendapatkan bantuan kaunseling. Manakala bagi keputusan kajian yang terakhir, iaitu pemboleh ubah kesihatan mental dikenal pasti sebagai pemboleh ubah mediator dalam kajian ini. Kesimpulannya, keputusan kajian ini memberi gambaran keseluruhan terhadap senario ketagihan internet, kesihatan mental serta sikap mendapatkan bantuan kaunseling dalam kalangan pelajar UPM. Segala hasil kajian dibincangkan secara mendalam pada bab lima. Implikasi dan cadangan turut dikemukakan pada akhir perbincangan.