Kefahaman dan amalan terhadap pendekatan tematik daripada perspektif guru kemahiran hidup bersepadu di negeri Perak

Pendekatan tematik merupakan salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran KHB dan perlu difahami oleh guru. Ketidakfahaman guru akan menyebabkan guru menghadapi pelbagai permasalahan dalam menyediakan rancangan pengajaran secara tematik, membangunkan unit tematik dan mempengaruhi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kon, Chon Min
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/40888/1/FPP%202014%208%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/40888/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendekatan tematik merupakan salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran KHB dan perlu difahami oleh guru. Ketidakfahaman guru akan menyebabkan guru menghadapi pelbagai permasalahan dalam menyediakan rancangan pengajaran secara tematik, membangunkan unit tematik dan mempengaruhi amalan pengajaran guru. Pendekatan tematik adalah strategi pengajaran melalui tema untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif, seronok dan bermakna. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi guru KHB terhadap kefahaman dan amalan mengenai pendekatan tematik dalam pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Seramai 132 responden terpilih dalam kajian ini terdiri daripada guru yang mengajar mata pelajaran KHB. Kajian ini berbentuk kajian kes yang dijalankan di daerah Kinta Utara, Perak. Instrumen kajian berbentuk soal selidik dan temu bual. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti frekuensi, min, sisihan piawai, ujian-t, dan ujian korelasi dengan bantuan perisian IBM SPSS. Hasil kajian menunjukkan responden bersetuju bahawa mereka mempunyai kefahaman tentang pendekatan tematik dalam pengajaran KHB. Responden juga kerap mengamalkan pendekatan tematik dalam pengajaran KHB. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman guru terhadap pendekatan tematik dengan amalan guru. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan guru dengan kelayakan akademik dan pengalaman mengajar guru. Dapatan kajian daripada temu bual menunjukkan bahawa sikap murid dan kekangan masa merupakan halangan utama guru mengamalkan pendekatan tematik dalam pengajaran tajuk Reka Bentuk dan Penghasilan Projek. Selain itu, pendekatan tematik menjadikan pengajaran guru lebih terancang, aktif, dan menyeronokkan. Responden menyatakan bahawa pendekatan tematik telah mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kreativiti mereka. Di samping itu, pendekatan tematik juga menggalakkan murid berfikir secara kreatif, kritis, dan inovatif. Guru dan murid juga lebih berfokus dalam proses mereka bentuk projek. Kajian ini mencadangkan bahawa galakan dan sokongan perlu diberikan kepada guru-guru KHB untuk menggunakan pendekatan tematik sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam KHB.