Kesediaan guru mata pelajaran aliran vokasional melaksanakan Program School Enterprise di sekolah menengah teknik di zon selatan, Malaysia

Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti kesediaan guru mata pelajaran aliran vokasional melaksanakan Program School Enterprise dalam aspek tahap pengetahuan isi kandungan modul keusahawanan, kemahiran keusahawanan dan sikap. Kajian ini juga ingin melihat hubungan antara sikap dan kemahiran k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khalid, Nurul Izzati
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39986/1/FPP%202013%2023R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39986/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti kesediaan guru mata pelajaran aliran vokasional melaksanakan Program School Enterprise dalam aspek tahap pengetahuan isi kandungan modul keusahawanan, kemahiran keusahawanan dan sikap. Kajian ini juga ingin melihat hubungan antara sikap dan kemahiran keusahawanan dan kaedah pengajaran yang sesuai mengikut persepsi guru di dalam melaksanakan Program School Enterprise. Soal selidik telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dan diedarkan kepada 236 orang guru yang terlibat secara langsung dengan Program School Enterprise. Borang soal selidik terdiri dari 10 item mengenai maklumat diri guru, 18 item mengenai pengetahuan isi kandungan modul keusahawanan, 18 item mengenai kemahiran keusahawanan, 25 item mengenai sikap guru dan 22 item mengenai kaedah pengajaran. Data statistik dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan ujian korelasi Pearson. Secara umumnya, penemuan kajian mendapati tahap pengetahuan guru terhadap isi kandungan modul keusahawanan adalah pada tahap baik dan mampu menguasai pengetahuan bagi topik. Bagi aspek kemahiran keusahawanan menunjukkan guru mempunyai tahap kemahiran keusahawanan pada tahap sederhana tinggi (min=3.28). Terdapat dua elemen yang dinilai dalam kemahiran keusahawanan iaitu pengurusan (min=3.35) dan pemasaran (min=3.21). Dari aspek sikap menunjukkan guru mempunyai sikap pada tahap sederhana positif terhadap pelaksanaan Program School Enterprise di mana nilai min tertinggi ialah elemen kepercayaan (min=3.67), diikuti daya inisiatif (min=3.49) dan minat (min=3.34). Manakala terdapat hubungan yang signifikan di antara kemahiran keusahawanan dengan sikap guru dalam pelaksanaan Program School Enterprise. Di dalam aspek kesesuaian kaedah pengajaran,responden memilih kaedah pengajaran yang berorientasikan pelajar dengan meletakkan pelajar dalam situasi sebenar. Secara keseluruhannya,kemenjadian program ini banyak bergantung kepada guru yang berkualiti dan bersedia dari pelbagai aspek seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap kerana diharapkan Program School Enterprise mampu mengubah lanskap keusahawanan di Malaysia.