Hubungan antara gaya kepemimpinan jurulatih dengan kesepaduan pemain bola sepak Majlis Sukan Selangor Negeri Selangor

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara gaya kepemimpinan jurulatih dengan kesepaduan pemain bola sepak Majlis Sukan Sukan Sekolah Negeri Selangor. Kajian ini meliputi persepsi pemain dengan gaya kepemimpinan jurulatih dan kesepaduan pasukan. Seramai 130 orang pemain bola sepak lelaki b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Embi, Mohd Zainuri
Format: Thesis
Language:English
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39716/1/FPP%202011%2039R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39716/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara gaya kepemimpinan jurulatih dengan kesepaduan pemain bola sepak Majlis Sukan Sukan Sekolah Negeri Selangor. Kajian ini meliputi persepsi pemain dengan gaya kepemimpinan jurulatih dan kesepaduan pasukan. Seramai 130 orang pemain bola sepak lelaki bawah 18 tahun yang berumur dari 16 tahun (26.9%), 17 tahun (63.1%), 18 tahun (5.4%) dan 19 tahun (4.6%) terlibat dalam kajian ini. Para pemain telah menjawab dua set soalan iaitu Skala Kepemimpinan Untuk Sukan (SKS) versi persepsi pemain yang mengandungi 40 soalan dan Group Environment Questionaire (GEQ) yang mengandungi 18 soalan. Data statistik yang didapati diproses menggunakan analisis deskriptif, anova sehala, korelasi dan regresi. Dapatan kajian mendapati pemain bola sepak bawah 18 tahun negeri Selangor lebih menggemari gaya kepemimpinan sokongan sosial manakala lain-lain gaya kepemimpinan adalah sederhana. Pemain-pemain tidak menggemari langsung gaya kepemimpinan autokratik. Sememangnya terdapat hubungan antara gaya kepemimpinan jurulatih dengan kesepaduan dalam kalangan pemain bola sepak bawah 18 tahun. Kesemua pemain bola sepak mempunyai hubungan yang sangat jelas dengan kesepaduan berasaskan tugasan berbanding kesepaduan sosial. Dapatan kajian menunjukkan jurulatih menggunakan lebih gaya sokongan sosial agar kesepaduan pasukan dan seterusnya kecemerlangan pasukan tercapai. Di samping itu juga, dapatan kajian menunjukkan jurulatih perlu mempelbagaikan gaya kepemimpinan berdasarkan situasi semasa pada peringkat latihan, pra-pertandingan dan pertandingan sebenar.