Penggunaan lakuan pertuturan dalam mesyuarat

Teori Lakuan Pertuturan (TLP) yang akan digunakan dalam kajian ini dipelopori oleh ahli falsafah Austin (1962 dan muridnya Searle (1969). Teori ini membincangkan perkara yang berkaitan perlakuan pertuturan manusia. Menurut teori ini Bahasa yang diujarkan mempunyai lakuan bahasanya sendiri iaitu menu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Juhari, Amir, Zainon Hamzah, Zaitul Azma
Format: Article
Language:English
Published: Persatuan Linguistik Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35692/1/Penggunaan%20lakuan%20pertuturan%20dalam%20mesyuarat.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35692/
http://jurnal.plm.org.my/?page_id=125
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Teori Lakuan Pertuturan (TLP) yang akan digunakan dalam kajian ini dipelopori oleh ahli falsafah Austin (1962 dan muridnya Searle (1969). Teori ini membincangkan perkara yang berkaitan perlakuan pertuturan manusia. Menurut teori ini Bahasa yang diujarkan mempunyai lakuan bahasanya sendiri iaitu menumpukan cara menghubungkan makna dengan lakuan pertuturan. Lakuan pertuturan ialah melakukan perbuatan yang dimaksudkan oleh ujaran itu. Kajian ini menggunakan pengkategorian Bach dan Harnish (1979) yang berasaskan prinsip linguistik Austin dan Searle namun dilihat lebih terperinci oleh Van Peursem, Locke dan Harnisch (2001). Mesyuarat merupakan salah satu medium komunikasi untuk membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau urusan. Kajian ini bertujuan melihat kekerapan penggunaan lakuan pertuturan dalam mesyuarat yang dikaji. Pengkaji menggunakan kaedah kajian lapangan dengan menggunakan teknik rakaman sebagai cara pengumpulan data terhadap sampel kajian yang meliputi lima sesi mesyuarat. Data rakaman ditranskripsi untuk dianalisis penggunaan lakuan pertuturan yang digunakan dalam mesyuarat. Pengkaji juga menggunakan kekerapan dan peratusan untuk persembahan data Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud pelbagai jenis lakuan pertuturan dalam mesyuarat yang dikaji. Lakuan yang paling banyak digunakan ialah lakuan arahan dan pengumuman. Kesimpulannya semua kategori lakuan pertuturan yang dikemukakan oleh Bach dan Harnish telah digunakan dalam mesyuarat yang dikaji. Lakuan pertuturan digunakan dengan pelbagai strategi untuk memenuhi matlamat penutur.