Strategi komunikasi penulisan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Perancis

Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan mengelaskan jenis strategi komunikasi tulisan dalam pembelajaran bahasa Melayu oleh pelajar Perancis. Kajian ini berdasarkan taksonomi strategi komunikasi oleh Dörnyei dan Scott yang tertumpu pada kaedah kualitatif dan kuantitatif. Responden kajian terdiri dar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Halim, Hazlina, Mamat, Roslina, Abd Rahim, Normaliza
Format: Article
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35480/
http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/?p=2001
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan mengelaskan jenis strategi komunikasi tulisan dalam pembelajaran bahasa Melayu oleh pelajar Perancis. Kajian ini berdasarkan taksonomi strategi komunikasi oleh Dörnyei dan Scott yang tertumpu pada kaedah kualitatif dan kuantitatif. Responden kajian terdiri daripada pelajar tahun tiga sarjana muda bahasa Melayu di Institut Nationale des Langues et Civilisations Orientales (INALCO), Paris, Perancis. Sejumlah 10 orang pelajar Perancis yang mempelajari mata pelajaran bahasa Melayu tahap lanjutan terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah empat aktiviti penulisan dan senarai semak strategi. Dapatan keseluruhan berdasarkan penulisan pelajar menunjukkan antara strategi komunikasi yang paling kerap digunakan ialah strategi penghampiran (28.1 peratus), strategi penggunaan perkataan untuk semua tujuan (15.8 peratus), strategi penghuraian (12.9 peratus) dan strategi ciptaan perkataan baru (11.7 peratus). Kajian ini memberikan implikasi kepada pelajar dan pengajar bahasa Melayu untuk menangani strategi yang digunakan oleh pelajar bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa para pengajar harus menimbangkan pengajaran strategi komunikasi secara efektif untuk memaksimumkan keberkesanan pembelajaran bahasa Melayu.