Kepentingan nahu Arab dalam menghafaz al-Quran

Kajian ini meninjau persepsi pelajar tahfiz terhadap kepentingan pengetahuan nahu Arab dalam menghafaz al-Quran. Untuk tujuan itu, satu set soal selidik jenis skala Likert telah diedarkan kepada pelajar tahfiz yangsedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Dalam pemilihan respon...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Husin, Zahriah, Mustapha, Nik Farhan, Mezah, Che Radiah, Hajimaming, Pabiyah, Abd Rahim, Normaliza
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35471/1/Kepentingan%20nahu%20Arab%20dalam%20menghafaz%20al-Quran.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35471/
http://ejournal.ukm.my/gema/article/view/12192
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini meninjau persepsi pelajar tahfiz terhadap kepentingan pengetahuan nahu Arab dalam menghafaz al-Quran. Untuk tujuan itu, satu set soal selidik jenis skala Likert telah diedarkan kepada pelajar tahfiz yangsedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Dalam pemilihan responden, hanya mereka yang mempunyai pengetahuan bahasa Arab pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja dipilih. Kajian ini menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling) menggunakan borang Google yang diedarkan melalui aplikasi WhatsApp. Seramai 109 orang pelajar daripada 21 buah IPT, sama ada di dalam mahupun luar negara telah menyertai kajian ini. 70.6% daripada para pelajar ini telah menghafaz 30 juzuk al-Quran dan majoriti daripada mereka (89%) mendapat prestasi cemerlang dalam peperiksaan bahasa Arab SPM. Analisis faktor dengan Kaedah Komponen Prinsipal menunjukkan kesahan konstruk item yang dibina, manakala nilai Cronbach Alfa melebihi 0.7 menunjukkan kebolehpercayaan item kajian. Dua faktor yang terbina sebagai konstruk kajian ini telah diekstrak daripada 15 item yang dikemukakan dan dinamai sebagai kepentingan nahu sebagai strategi hafazan dan kepentingan nahu sebagai faktor motivasi. Penentuan kedua-dua fungsi ini berdasarkan ciri-ciri item subkumpulan berkenaan. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa pelajar tahfiz mempunyai persepsi yang tinggi terhadap konstruk kepentingan nahu sebagai faktor motivasi. Manakala bagi kepentingan nahu sebagai strategi hafazan, responden menunjukkan persepsi sederhana tinggi. Dapatan ini memberikan indikator wujudnya kepentingan nahu Arab dalam pembelajaran hafazan al-Quran sebagai motivasi kepada pelajar tahfiz dan juga sebagai salah satu strategi menghafaz al-Quran.