Risiko pembangunan sistem secara penyumberluaran: pengujian menggunakan teknik Proses Analisis Berhirarki

Pembangunan sistem secara penyumberluaran telah menjadi amalan penting dalam banyak organisasi awam di Malaysia. Ini kerana ia dapat mengurangkan kos operasi dalaman Jabatan Teknologi Maklumat dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan operasi. Walaupun penyumberluaran membawa banyak faeda...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Jamaiah, Hamzah, Nor Fazila, Deraman, Aziz, Jusoh, Yusmadi Yah
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35279/
http://www.jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnalteknologi/article/view/2161
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan sistem secara penyumberluaran telah menjadi amalan penting dalam banyak organisasi awam di Malaysia. Ini kerana ia dapat mengurangkan kos operasi dalaman Jabatan Teknologi Maklumat dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan operasi. Walaupun penyumberluaran membawa banyak faedah, namun terdapat risiko yang harus dipertimbangkan apabila melibatkan pihak ketiga dalam proses ini. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu mengenal pasti risiko utama dalam penyumberluaran pembangunan sistem, kedua menilai risiko penyumberluaran dan objektif ketiga ialah menguji risiko dengan pembekal menggunakan teknik Proses Analisis Berhirarki(PAB). Satu instrumen kaji selidik yang mengandungi senarai risiko yang telah dikenalpasti disediakan bagi tujuan pengumpulan data daripada responden yang bertugas dalam Jabatan Teknologi Maklumat di RISDA iaitu singkatan untuk Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah di Malaysia. Data risiko yang diperolehi dianalisis dan dinilai bagi menentukan tahap keseriusannya. Pengujian risiko dengan data pembekal menggunakan teknik PAB merupakan eksperimen bagi menilai dan menimbang prestasi pembekal melalui proses analisis berhirarki. Proses pengujian ini melibatkan pembuat keputusan di RISDA Plantation yang mempunyai pengalaman selama lebih dari 15 tahun dan pengetahuan dalam penyumberluaran. Hasil kajian ini mencadangkan kepada organisasi terhadap risiko utama yang dikenalpasti wujud semasa pembangunan sistem dan analisis risiko dapat membantu organisasi mengurus risiko dengan lebih berkesan mengikut tahap keutamaan dan keseriusannya. Satu cara untuk mengurus dan mengawal risiko ialah dengan mengenalpasti prestasi pembekal menggunakan teknik pemilihan pelbagai kriteria.