Perbandingan kata kerja sokong dalam bahasa Melayu dan bahasa Perancis

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan penggunaan kata kerja sokong dalam bahasa Melayu seperti yang telah ditemui dalam penggunaan verbe support bahasa Perancis di samping ingin melihat peranan yang dimainkan oleh kata kerja sokong dalam ayat serta meninjau persamaan dan perbezaan yang wujud bagi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hassan @ Hussin, Omrah, Mohamad, Ab Halim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2014
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34859/1/Perbandingan%20kata%20kerja%20sokong%20dalam%20bahasa%20Melayu%20dan%20bahasa%20Perancis.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34859/
http://web.usm.my/kajh/vol21_1_2014.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membandingkan penggunaan kata kerja sokong dalam bahasa Melayu seperti yang telah ditemui dalam penggunaan verbe support bahasa Perancis di samping ingin melihat peranan yang dimainkan oleh kata kerja sokong dalam ayat serta meninjau persamaan dan perbezaan yang wujud bagi binaan ayat yang menggunakan kata kerja sokong "memberi" dalam bahasa Melayu dan donner dalam bahasa Perancis. Kajian ini berdasarkan teori Leksikon-Tatabahasa (Lexique-Grammaire) oleh Maurice Gross dan menggunakan korpus kajian yang dikumpul dalam bahasa Melayu dan diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis untuk tujuan perbandingan. Hasil kajian ini mendapati kewujudan kata kerja sokong dapat ditentukan berdasarkan fungsinya sebagai perealisasi kepada kata nama predikatif atau nom prédicatif dalam ayat. Terdapat persamaan yang amat ketara dari segi makna bagi kebanyakan ayat yang mengandungi kata kerja sokong dan juga ayat yang diterbitkan dengan penggunaan kata kerja distribusi sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Perancis.