Pengaruh konteks situasi terhadap variasi lafaz munada Nabi Muhammad SAW dalam al-Quran

Ayat seruan merupakan salah satu gaya bahasa yang digunakan dalam al-Quran. Dalam bahasa Arab ayat seruan dikenali sebagai ayat Nida’, yang mengandungi dua komponen utama yang membina ayat tersebut iaitu kata seru atau adat Nida’ dan orang yang diseru atau munada. Ayat seruan dalam al-Quran ditujuka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Hakim, Siti Rasidah, Wan Sulong, Wan Muhammad, Othman, Mohd Sukki
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34551/1/Pengaruh%20konteks%20situasi%20terhadap%20variasi%20lafaz%20munada%20Nabi%20Muhammad%20SAW%20dalam%20al-Quran.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34551/
http://www.management.utm.my/jurnal-kemanusiaan/issue/vol25-1-2016/216-pengaruh-konteks-situasi-terhadap-variasi-lafaz-munada-nabi-muhammad-saw-dalam-al-quran
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ayat seruan merupakan salah satu gaya bahasa yang digunakan dalam al-Quran. Dalam bahasa Arab ayat seruan dikenali sebagai ayat Nida’, yang mengandungi dua komponen utama yang membina ayat tersebut iaitu kata seru atau adat Nida’ dan orang yang diseru atau munada. Ayat seruan dalam al-Quran ditujukan kepada seseorang yang diseru menggunakan variasi dan pelbagai lafaz. Seruan kepada Nabi Muhammad SAW dikenalpasti menggunakan lima bentuk variasi lafaz yang ditujukan kepada baginda. Justeru, kajian bertujuan untuk menganalisis dan menilai pengaruh konteks situasi terhadap penggunaan dua variasi lafaz munada Nabi Muhammad SAW iaitu al-Rasul dan al-Nabiy. Sarjana Islam terdahulu telah menjelaskan berkenaan kepentingan konteks situasi dalam pentafsiran ayat-ayat al-Quran. Oleh itu, konteks situasi menjadi aspek utama dalam menjelaskan persoalan penggunaan variasi lafaz munada Nabi Muhammad SAW ini. Sampel kajian ayat seruan dianalisis berdasarkan Teori Semiotik Sosial Halliday (1978). Dapatan kajian menunjukkan penggunaan dua bentuk variasi lafaz munada Nabi Muhammad SAW yang dikaji, dipengaruhi oleh aspek konteks situasi terutamanya oleh isu dalam unsur medan wacana. Manakala pelibat wacana sebagai unsur sampingan yang mempengaruhi penggunaannya.