Kritikan sosial dalam filem Melayu Zombi Kampung Pisang

Kritikan sosial dalam filem merupakan suatu perkara yang sangat penting kerana filem adalah sebahagian daripada cerminan masyarakatnya. Pelbagai kritikan sosial yang dipaparkan dalam filem terutamanya filem Melayu. Hal ini dapat dilihat, melalui filem-filem karya arahan Mamat Khalid yang banyak mema...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Adnan, Al-Fatihah, Abd Rahim, Normaliza
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu 2014
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34339/1/Kritikan%20sosial%20dalam%20filem%20Melayu%20Zombi%20Kampung%20Pisang.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34339/
http://jbsd.umt.edu.my/?page_id=285
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kritikan sosial dalam filem merupakan suatu perkara yang sangat penting kerana filem adalah sebahagian daripada cerminan masyarakatnya. Pelbagai kritikan sosial yang dipaparkan dalam filem terutamanya filem Melayu. Hal ini dapat dilihat, melalui filem-filem karya arahan Mamat Khalid yang banyak memaparkan kritikan sosial dalam kalangan masyarakat seperti filem Zombi Kampung Pisang. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis kritikan sosial yang terdapat dalam filem Zombi Kampung Pisang. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan cara pengumpulan data dan menganalisis data tersebut. Antaranya ialah kelunturan semangat patriotik, gejala rempit dalam kalangan masyarakat, golongan muda yang terlibat dengan gejala vandalisme dan golongan asing yang menyerang serta menjajah kehidupan masyarakat Melayu. Oleh itu, kajian ini mampu untuk membuka ruang kepada penyelidik akan datang bagi mengkaji kritikan sosial yang terdapat dalam filem Melayu yang telah diterbitkan di Malaysia.