Kepelbagaian terjemahan preposisi Arab dan fungsinya dalam bahasa Melayu

Preposisi Arab memainkan peranan yang sangat penting dalam frasa ayat. Kemunculannya dalam ayat boleh mempengaruhi makna, struktur dan aspek fungsian tatabahasa. Kajian kualitatif ini mengemukakan kepelbagaian fungsi preposisi Arab dalam bahasa Melayu, di samping mengenal pasti pola kehadirannya yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Sa'ad, Muhammad Luqman Ibnul Hakim, Hajimaming, Pabiyah, Zainon Hamzah, Zaitul Azma
Format: Article
Language:English
Published: Persatuan Linguistik Malaysia 2014
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34312/1/Kepelbagaian%20terjemahan%20preposisi%20Arab%20dan%20fungsinya%20dalam%20bahasa%20Melayu.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34312/
http://jurnal.plm.org.my/?page_id=115
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Preposisi Arab memainkan peranan yang sangat penting dalam frasa ayat. Kemunculannya dalam ayat boleh mempengaruhi makna, struktur dan aspek fungsian tatabahasa. Kajian kualitatif ini mengemukakan kepelbagaian fungsi preposisi Arab dalam bahasa Melayu, di samping mengenal pasti pola kehadirannya yang boleh membentuk unsur-unsur tertentu seperti frasa idiomatik. Berdasarkan kepada penelitian yang dijalankan, preposisi Arab menyumbang kepada makna yang pelbagai dalam sesuatu ayat. Justeru, terjemahan preposisi Arab yang dinamis akan memberi kesan yang menarik terhadap struktur semantik dan korelasi gabungan leksikal/ kolokasi dalam teks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa preposisi Arab dan Melayu mempunyai pelbagai fungsi, dan tidak boleh diterjemahkan secara leksikal, sebaliknya perlu melihat kepada struktur ayat, dan aspek semantik dalam konteks yang sesuai. Secara kesimpulannya, tidak semua preposisi Arab boleh diterjemahkan secara literal kecuali dalam keadaan tertentu. Adapun pengguguran maknanya dibolehkan selagi tidak menjejaskan mesej teks asal. Pemahaman mengenai makna dan fungsi preposisi Arab perlu diberi perhatian sebelum proses penterjemahan dilakukan. Kajian ini menemui beberapa perkara yang boleh digunakan sebagai panduan oleh penterjemah untuk menterjemah preposisi Arab ke dalam bahasa Melayu.