Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah

Kajian ini bertujuan mengenal pasti penerapan nilai murni dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik serta perkaitan dan pengaruhnya terhadap penghayatan nilai murni pelajar. Aspek penerapan nilai murni dalam pengajaran guru yang dikaji ialah tahap kekerapan penerapa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Othman, Mohamad Khairi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33794/1/FPP%202013%202R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33794/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.33794
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
description Kajian ini bertujuan mengenal pasti penerapan nilai murni dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik serta perkaitan dan pengaruhnya terhadap penghayatan nilai murni pelajar. Aspek penerapan nilai murni dalam pengajaran guru yang dikaji ialah tahap kekerapan penerapan 17 nilai murni, kaedah penerapan nilai murni dan teknik penerapan nilai murni. Reka bentuk kajian ini ialah secara tinjauan deskriptif-korelasi dan disokong dengan temu bual separa berstruktur. Bagi tinjauan deskriptif-korelasi, kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada 448 orang pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan harian di Semenanjung Malaysia yang menjawab soal selidik. Bagi temu bual separa berstruktur, kajian ini melibatkan responden yang terdiri seramai 12 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih secara teknik persampelan rawak dalam kalangan responden yang menjawab soal selidik. Temu bual separa berstruktur ini adalah untuk menyokong dan menghuraikan lebih lanjut akan dapatan kajian objektif keempat iaitu berkaitan aspek penghayatan nilai murni pelajar. Dapatan kajian analisis deskriptif memperlihatkan persepsi pelajar terhadap tahap kekerapan penerapan 17 nilai murni secara keseluruhan dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik adalah tinggi. Persepsi pelajar terhadap kekerapan penerapan 17 nilai murni dalam pengajaran guru Bahasa Melayu adalah lebih tinggi berbanding dalam mata pelajaran Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik. Seterusnya, persepsi pelajar terhadap kaedah penerapan nilai murni secara keseluruhannya dalam pengajaran guru Bahasa Melayu dan Sejarah menunjukkan amalan pada tahap tinggi, manakala dalam pengajaran guru Bahasa Inggeris dan Matematik menunjukkan amalan pada tahap sederhana tinggi. Persepsi pelajar terhadap teknik penerapan nilai murni dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik pula secara keseluruhan adalah sederhana tinggi. Manakala, aspek penghayatan nilai murni pelajar secara keseluruhannya dipaparkan pada tahap sederhana tinggi. Dapatan analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap kekerapan penerapan 17 nilai murni dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik dengan penghayatan nilai murni pelajar. Terdapat juga hubungan positif yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap kaedah penerapan nilai murni bagi dimensi kaedah tidak langsung dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik dengan penghayatan nilai murni. Hanya dimensi kaedah langsung dalam pengajaran guru Bahasa Melayu dan Sejarah sahaja yang mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar. Seterusnya, dapatan memaparkan bahawa persepsi pelajar terhadap teknik penerapan nilai murni bagi dimensi teknik model/contoh dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris sahaja yang mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar. Analisis Regresi Berganda mendapati hanya persepsi pelajar terhadap kekerapan penerapan 17 nilai murni dalam pengajaran guru Sejarah dan Bahasa Melayu sahaja merupakan peramal terhadap penghayatan nilai murni pelajar. Kesimpulannya, dapatan kajian ini dapat memberi panduan kepada guru tentang kepentingan amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran bagi memastikan penghayatan nilai murni pelajar meningkat. Kajian ini juga memperlihatkan betapa pentingnya elemen-elemen dalam kaedah dan teknik penerapan nilai murni yang boleh meningkatkan penghayatan nilai murni pelajar.
format Thesis
author Othman, Mohamad Khairi
spellingShingle Othman, Mohamad Khairi
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah
author_facet Othman, Mohamad Khairi
author_sort Othman, Mohamad Khairi
title Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah
title_short Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah
title_full Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah
title_fullStr Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah
title_full_unstemmed Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah
title_sort penerapan nilai murni dalam pengajaran dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah
publishDate 2013
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33794/1/FPP%202013%202R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33794/
_version_ 1643830972558344192
spelling my.upm.eprints.337942016-02-23T04:56:29Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33794/ Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah Othman, Mohamad Khairi Kajian ini bertujuan mengenal pasti penerapan nilai murni dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik serta perkaitan dan pengaruhnya terhadap penghayatan nilai murni pelajar. Aspek penerapan nilai murni dalam pengajaran guru yang dikaji ialah tahap kekerapan penerapan 17 nilai murni, kaedah penerapan nilai murni dan teknik penerapan nilai murni. Reka bentuk kajian ini ialah secara tinjauan deskriptif-korelasi dan disokong dengan temu bual separa berstruktur. Bagi tinjauan deskriptif-korelasi, kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada 448 orang pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan harian di Semenanjung Malaysia yang menjawab soal selidik. Bagi temu bual separa berstruktur, kajian ini melibatkan responden yang terdiri seramai 12 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih secara teknik persampelan rawak dalam kalangan responden yang menjawab soal selidik. Temu bual separa berstruktur ini adalah untuk menyokong dan menghuraikan lebih lanjut akan dapatan kajian objektif keempat iaitu berkaitan aspek penghayatan nilai murni pelajar. Dapatan kajian analisis deskriptif memperlihatkan persepsi pelajar terhadap tahap kekerapan penerapan 17 nilai murni secara keseluruhan dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik adalah tinggi. Persepsi pelajar terhadap kekerapan penerapan 17 nilai murni dalam pengajaran guru Bahasa Melayu adalah lebih tinggi berbanding dalam mata pelajaran Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik. Seterusnya, persepsi pelajar terhadap kaedah penerapan nilai murni secara keseluruhannya dalam pengajaran guru Bahasa Melayu dan Sejarah menunjukkan amalan pada tahap tinggi, manakala dalam pengajaran guru Bahasa Inggeris dan Matematik menunjukkan amalan pada tahap sederhana tinggi. Persepsi pelajar terhadap teknik penerapan nilai murni dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik pula secara keseluruhan adalah sederhana tinggi. Manakala, aspek penghayatan nilai murni pelajar secara keseluruhannya dipaparkan pada tahap sederhana tinggi. Dapatan analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap kekerapan penerapan 17 nilai murni dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik dengan penghayatan nilai murni pelajar. Terdapat juga hubungan positif yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap kaedah penerapan nilai murni bagi dimensi kaedah tidak langsung dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik dengan penghayatan nilai murni. Hanya dimensi kaedah langsung dalam pengajaran guru Bahasa Melayu dan Sejarah sahaja yang mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar. Seterusnya, dapatan memaparkan bahawa persepsi pelajar terhadap teknik penerapan nilai murni bagi dimensi teknik model/contoh dalam pengajaran guru Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris sahaja yang mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan penghayatan nilai murni pelajar. Analisis Regresi Berganda mendapati hanya persepsi pelajar terhadap kekerapan penerapan 17 nilai murni dalam pengajaran guru Sejarah dan Bahasa Melayu sahaja merupakan peramal terhadap penghayatan nilai murni pelajar. Kesimpulannya, dapatan kajian ini dapat memberi panduan kepada guru tentang kepentingan amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran bagi memastikan penghayatan nilai murni pelajar meningkat. Kajian ini juga memperlihatkan betapa pentingnya elemen-elemen dalam kaedah dan teknik penerapan nilai murni yang boleh meningkatkan penghayatan nilai murni pelajar. 2013-02 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33794/1/FPP%202013%202R.pdf Othman, Mohamad Khairi (2013) Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan hubungannya dengan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
score 13.18916