Lakuan pertuturan dalam wacana wawancara

Lakuan pertuturan merupakan satu kerangka yang memperlihatkan penggunaan bahasa yang mempersembahkan lakuan. Sesuatu peristiwa bahasa dicirikan oleh sekurang-kurangnya satu lakuan pertuturan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, menghuraikan dan menjelaskan lakuan pertuturan dalam per...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saad, Haslinda
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32517/1/FBMK%202012%207R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32517/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Lakuan pertuturan merupakan satu kerangka yang memperlihatkan penggunaan bahasa yang mempersembahkan lakuan. Sesuatu peristiwa bahasa dicirikan oleh sekurang-kurangnya satu lakuan pertuturan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, menghuraikan dan menjelaskan lakuan pertuturan dalam peristiwa bahasa wawancara. Wawancara bukan perbualan atau dialog kosong. Berbeza daripada perbualan biasa, wawancara mempunyai tujuan dan arah yang jelas. Wawancara berkait rapat dengan cara bertanya dan menjawab soalan. Bertanya dan menjawab merupakan satu lakuan, iaitu lakuan yang menghasilkan ujaran. Setiap ujaran yang dituturkan mempunyai maksud tertentu. Wawancara yang terdapat dalam majalah menjadi bahan kajian. Wawancara dipilih secara rawak daripada sembilan buah majalah terbitan Kumpulan Karangkraf, iaitu penerbit majalah terbesar di Malaysia. Aspek lakuan pertuturan dirincikan mengikut kerangka Asmah (1997) dengan mengambil kira teori lakuan pertuturan yang dibangunkan oleh pengkaji terdahulu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat enam jenis lakuan pertuturan telah dikenal pasti, iaitu lakuan permintaan maklumat, lakuan pernyataan, lakuan pembuka komunikasi, lakuan vokatif, lakuan performatif dan lakuan indeksikal. Namun didapati lakuan pertuturan tersebut tidak semestinya hadir serentak dalam satu wawancara. Melalui kajian ini juga, didapati sesuatu wawancara memaparkan lakuan pertuturan yang berbeza mengikut konteks dan matlamat wawancara. Aspek lakuan pertuturan dalam dunia kewartawanan penting dikaji untuk melihat dan mengenal pasti jenis lakuan pertuturan yang mendominasi sesi wawancara. Keadaan ini dapat memperjelas senario pengaruh bahasa yang wujud dan digunakan oleh pemeran dalam peristiwa bahasa wawancara. Dengan adanya kajian seumpama ini, diharap kajian dalam bidang lakuan pertuturan semakin bertambah kukuh dan berkembang.