Penggunaan pepatah Tamil dalam pembinaan kebahagiaan dan kesejahteraan institusi keluarga

Pepatah Tamil mempunyai fungsi untuk membentuk keluarga bahagia dan sejahtera serta berupaya menjadi penyumbang keamanan Negara tidak diketahui oleh masyarakat pada hari ini. Senario yang membimbangkan ini tercetus kerana pepatah Tamil jarang dijadikan sebagai wadah komunikasi kehidupan seharian, pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Thandavarayan, Umah Devi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32239/1/IPSS%202012%202R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32239/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pepatah Tamil mempunyai fungsi untuk membentuk keluarga bahagia dan sejahtera serta berupaya menjadi penyumbang keamanan Negara tidak diketahui oleh masyarakat pada hari ini. Senario yang membimbangkan ini tercetus kerana pepatah Tamil jarang dijadikan sebagai wadah komunikasi kehidupan seharian, persaingan penggunaan bahasa asing yang lebih menjanjikan kemewahan, kesibukan ibu bapa bekerja dan kecanggihan teknologi tanpa sempadan yang meminggirkan fungsi pepatah dalam kehidupan masa kini. Justeru, pengkaji menjelaskan permasalahan dalam aspek institusi sosial kekeluargaan dan elemen kebahagiaan untuk didikan moral berdasarkan perspektif pepatah Tamil. Penyelidikan yang dijalankan ini menetapkan sebanyak tiga objektif iaitu memberikan gambaran yang jelas dengan meneroka keunikan dan keistimewaan pepatah dari segi tradisi dan pemikiran masyarakat Tamil. Seterusnya, menghuraikan institusi keluarga Tamil dari segi sosial kemasyarakatan melalui pepatah Tamil dan membincangkan cara penggunaan pepatah Tamil yang dapat membantu membentuk keluarga yang sejahtera dalam masyarakat Tamil. Penyelidikan yang dijalankan ini berasaskan penelitian aplikasi Teori Bowen, Teori Sosiolinguistik dan Teori Keamanan Maslow. Secara tuntasnya, Teori Bowen membincangkan sistem keluarga yang mementingkan ikatan kekeluargaan dengan penuh kasih sayang dan setiap ahli keluarga tidak boleh terasing antara satu sama lain. Teori kedua iaitu Teori Sosiolinguistik pula menghuraikan penggunaan pepatah Tamil sebagai bahasa komunikasi. Akhir sekali, Teori Keamanan Maslow menjelaskan keperluan asas manusia mengikut hirarki. Kaedah kajian yang dipilih ialah kajian kualitatif dan informan dipilih secara rawak dari sebuah sekolah Tamil di Petaling Jaya, Selangor. Informan yang terpilih ditemuramah untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian yang dilakukan. Seterusnya kajian heuristik dan kajian perpustakaan turut dijalankan oleh penyelidik untuk memperincikan konsep dan kepentingan pepatah Tamil serta situasi keluarga Tamil. Maklumat-maklumat seperti pembentukan sesebuah keluarga melalui suami isteri, tanggung jawab anak-anak terhadap ibu bapa turut dibincangkan secara kritis dan berkesan melalui pepatah yang dikaji turut dijelaskan dalam penyelidikan ini. Istimewanya, dapatan kajian ini mendedahkan keunikan dan keistimewaan pepatah dari segi tradisi dan pemikiran masyarakat Tamil serta fungsinya memberikan pengajaran. Sebanyak sembilan pepatah Tamil berjaya dikumpul melalui temuramah dari informan dan melalui kajian ini dapat membuktikan bahawa wujud penggunaan pepatah Tamil dalam kalangan keluarga tetapi semakin berkurangan. Pepatah Tamil dapat melahirkan keluarga yang sejahtera dengan menitik beratkan aspek kekeluargaan iaitu aspek perwatakan suami dan isteri,perwatakan dan peranan anak dari aspek moral. Seterusnya, pepatah Tamil dapat mengekalkan nilai-nilai moral dan kemasyarakatan dan keluarga yang aman serta sejahtera. Melalui penyelidikan ini, tingkah laku dan pemikiran pendengar dapat diubah. Malahan, penyelidikan ini dapat memperlihatkan persepsi dan peranan pepatah Tamil bukan sahaja sekadar khazanah tradisi masyarakat Tamil semata-mata. Malahan, penyelidikan ini berjaya membuktikan fungsi pepatah dapat dikukuhkan serta peranannya sebagai "sumber‟ nilai moral dalam pembentukan keluarga yang bahagia dan sejahtera yang membentuk Negara yang aman. Tidak dinafikan,keberkesanan menggunakan pepatah Tamil menjadi "anak kunci‟ kebahagiaan dalam kehidupan seharian.