Teori pemasaran sosial sebagai alat terbaik pendidikan ketatanegaraan dalam institusi sosio-politik.

Pendidikan ketatanegaran merupakan satu konsep yang sering dipinggirkan kerana pendidikan untuk ekonomi lebih diutamakan. Namun pada hakikat sebenarnya, keutuhan sesebuah institusi sosio-politik akan mengerakkan ekonomi. Dalam konteks ini, institusi sosio-politik ialah kerajaan yang memerintah. Pada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed, Azlan, Asmuni, Azizan, Ismail, Ismi Arif, Ismail, Azhari
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Malay
Published: 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31477/1/ID%2031477.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31477/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan ketatanegaran merupakan satu konsep yang sering dipinggirkan kerana pendidikan untuk ekonomi lebih diutamakan. Namun pada hakikat sebenarnya, keutuhan sesebuah institusi sosio-politik akan mengerakkan ekonomi. Dalam konteks ini, institusi sosio-politik ialah kerajaan yang memerintah. Pada hari ini, kerajaan yang memerintah semakin kurang popular khususnya sokongan yang diberikan oleh golongan muda dan kaum bukan Melayu. Ini mungkin juga masyarakat mula mempunyai alternatif untuk memilih kerajaan. Oleh itu, sebuah kerajaan memerintah haruslah mengerakkan publisiti untuk memenangi hati pelanggan (masyarakat) semula. Cara terbaik ialah melalui Teori Pemasaran Sosial. Teori ini akan memberi ilmu kepada pengguna (masyarakat) berkenaan konsep asas kepentingan pembangunan pendidikan dan tanggungjawab. Penggunaan Teori Pemasaran Sosial ini akan lebih memberi impak kepada strategi dalam membangunkan masyarakat dari akar umbi iaitu dari segi pembangunan ekonomi, sosial dan politik. Dalam konteks kajian, strategi pemasaran kerajaan memerintah dalam menjual ”jenama” perlu lebih holistik dan menyeluruh kerana menglibatkan ramai pengguna (masyarakat), yang mampu membantu kerajaan memerintah sedia ada. Melalui teori pemasaran sosial juga membantu masyarakat dari kurang ilmu pengetahuan kepada masyarakat yang lebih berpengetahuan.