Konsep kendiri dan latar belakang keluarga penjenayah sumbang mahram di Penjara Kajang, Malaysia

Kajian ini adalah untuk menilai konsep kendiri dan latar belakang pesalah sumbang mahram (n = 6) lelaki yang masih di dalam penjara bertempat di Penjara Kajang Selangor Darul Ehsan. Secara khususnya objektif kajian adalah untuk melihat konsep kendiri keseluruhan, komponen-komponen fizikal, moral-eti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Karim, Mohd Pauzi
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/30906/1/FPP%202011%2050R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/30906/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah untuk menilai konsep kendiri dan latar belakang pesalah sumbang mahram (n = 6) lelaki yang masih di dalam penjara bertempat di Penjara Kajang Selangor Darul Ehsan. Secara khususnya objektif kajian adalah untuk melihat konsep kendiri keseluruhan, komponen-komponen fizikal, moral-etika, peribadi, keluarga dan sosial pesalah sumbang mahram dengan menggunakan alat ujian The Tennessee Self-Concept Scale (TSCS) Pandangan dan pengalaman pesalah sumbang mahram dari segi amalan agama, hubungan kekeluargaan dan hubungan seksual diperolehi melalui temu bual dan soal selidik. Hasil kajian menunjukkan semua subjek mendapat skor min yang rendah bagi konsep kendiri keseluruhan dan semua komponen konsep kendiri serta ini menyokong pandangan pengkaji lain tentang perkaitan konsep kendiri dengan perlakuan jenayah. Semua pesalah kurang mengamalkan ajaran agama dan tiga orang tidak mendapat didikan agama dan kesemuanya tidak pernah membincangkan tentang seksualiti dengan keluarga secara terbuka serta dari segi sokongan pula, hanya seorang sahaja yang tidak mendapat sokongan keluarga. Implikasi gunaan dapatan-dapatan kajian turut dipertimbangkan dan cadangan dikemukakan untuk kajian di masa hadapan.