Motivasi dan persepsi pelajar program eksekutif terhadap profesionalisme pensyarah dari segi gaya pakaian pensyarah.

Penampilan diri merupakan salah satu bentuk komunikasi bukan verbal yang menyampaikan maklumat tentang diri sendiri kepada penerima melalui simbol tersirat bukan verbal. Salah satu simbol tersirat yang terdapat dalam komunikasi bukan verbal mengenai penampilan diri ialah pakaian. Pakaian pula dikena...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ramachandran, Kunnasunthary
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27724/1/FBMK%202011%2045R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27724/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penampilan diri merupakan salah satu bentuk komunikasi bukan verbal yang menyampaikan maklumat tentang diri sendiri kepada penerima melalui simbol tersirat bukan verbal. Salah satu simbol tersirat yang terdapat dalam komunikasi bukan verbal mengenai penampilan diri ialah pakaian. Pakaian pula dikenali sebagai cerminan tubuh badan yang merupakan salah satu elemen pengaruh utama dalam penampilan pensyarah untuk mewujudkan persepsi positif di kalangan pelajar. Oleh itu, kajian ini membandingkan perbezaan antara gaya pakaian formal, separa formal dan tidak formal di kalangan pensyarah berdasarkan kajian Sebastian, Lavin dan Carr. Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti motivasi pelajar program eksekutif dan persepsi mereka terhadap profesionalisma pensyarah mengikut gaya pakaian pensyarah di Universiti Putra Malaysia. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan iaitu dengan menggunakan satu set borang soal selidik yang mengandungi 50 soalan untuk diedarkan kepada 240 orang responden. Kajian ini dijalankan berdasarkan Teori Atribusi. Analisis statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah statistik deskriptif, ujian „chi-square’ dan ujian Anova sehala. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan pelajar memberi persepsi positif terhadap gaya pakaian kategori A iaitu formal bagi pensyarah berbanding kategori B iaitu separa formal dan kategori C iaitu tidak formal. Gaya pakaian formal lebih mempengaruhi pandangan pelajar eksekutif dari segi interaksi pelajar dan pensyarah, kebolehan pensyarah untuk mengajar dan motivasi belajar pelajar. Di samping itu, hasil analisis ujian „chi-square’ menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar lelaki dan perempuan terhadap gaya pakaian pensyarah. Manakala hasil analisis ujian Anova sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pakaian formal terhadap persepsi interaksi pensyarah dan pelajar, kebolehan pensyarah untuk mengajar dan motivasi belajar pelajar berbanding dengan gaya pakaian separa formal dan tidak formal. Ini kerana ciri-ciri personaliti pensyarah mempengaruhi imej dan identiti sesebuah institut pengajian tinggi. Hasil kajian ini juga merumuskan bahawa pensyarah dapat menimbulkan persepsi positif terhadap pelajar dari segi fizikal luaran pada impresi pertama melalui gaya pakaian formal.