Penyeliaan Latihan Mengajar: Implikasi dari Kajian Kes Penilaian Latihan Mengajar

Artikel ini melaporkan hasil kajian yang telah dij'alankan ke atas guru-guru pelatih Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia. Khususnya ia melaporkan dapatan daripada kajian tentang pandangan guru pelatih tentang apakah yang mereka anggap penting dalam Penyeliaan Latihan M...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salimon, Abd Main
Format: Article
Language:English
Malay
Published: 1989
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/2772/1/Penyeliaan_Latihan_Mengajar_Implikasi_dari_Kajian_Kes.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/2772/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini melaporkan hasil kajian yang telah dij'alankan ke atas guru-guru pelatih Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia. Khususnya ia melaporkan dapatan daripada kajian tentang pandangan guru pelatih tentang apakah yang mereka anggap penting dalam Penyeliaan Latihan Mengajar Guru-Guru Pelatih UPM. Kajian ini menemukan 3 dimensi atau gugusan kriteria dalam penyeliaan latihan perguruan iaitu pengetahuan teknik pengajaran, kemahiran menyelia dan minat menyelia. Model perkaitan antara pembolehubah tingkah laku penyeliaan dicerap dmipada matris korelasi menggunakan Teknik Analisis Kesamaan McQuity (Dunn-Rankin 1983).Maklumat diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik yang telah dibentuk khas untuk kajian ini berdasarkan kepada tujuan yang ingin dicapai. Data dikumpul daripada 243 orangguru pelatih iaitu lebih kurang 20%daripada jumlah guru-guru pelatih yang mengambil kursus "Latihan Mengajar dan Praktikum Kaunseling" Sesi 1986/1987, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia. Sampel bagi kajian ini terdiri daripada 126 orang pelatih perempuan dan 117 orang pelatih lelaki. Mengikut program, 35 orang adalah pelatih Bacelor Sains dengan Pendidikan, 78 orang pelatih Diploma Sains dengan Pendidikan, 65 orang pelatih Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama) dan 65 orang pelatih Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua).